LIKU LIKU 1MDB

 \


LIM SIAN SEE




Kevin Swampillai, bekas ketua perkhidmatan pengurusan kekayaan BSI Bank cawangan Singapura, memberi keterangan bahawa dalam satu panggilan telefon antara Najib dengan pengurusan BSI Bank pada pertengahan tahun 2014, Najib bimbang dengan nilai sebenar pelaburan berbilion ringgit dalam Bridge Global Absolute Return Fund yang distruktur oleh BSI Bank.

Kevin berkata dia mendengar panggilan telesidang itu dan mengingati bahawa Najib bertanya mengenai penilaian dana dan meminta dokumen tambahan yang membuktikan nilai sebenar dana luar negara itu biarpun pelaburan tersebut dikatakan dijamin oleh Aabar/IPIC.

https://www.malaysiakini.com/news/662466

Saya percaya perbualan telefon pertengahan tahun 2014 ini adalah tempoh masa yang Najib sedar bahawa ada yang tak kena dengan 1MDB.

Sebab itu, pengurusan 1MDB telah ditukar pada akhir tahun 2014 itu. Pada 5 Jan 2015, Arul Kanda telah dilantik sebagai Presiden 1MDB untuk mengambil alih pengurusan 1MDB khususnya untuk menyelesaikan masalah kehilangan 1MDB serta untuk membangun aset-aset syarikat itu..

https://www.bharian.com.my/.../1mdb-umum-pelantikan-arul...

Dalam perbualan telefon dengan Pemerintah UAE pada pertengahan tahun 2016 (yang dibongkar oleh Latheefa Koya), Najib juga dengan amat jelas menyatakan kepada Putera UAE:

"Itulah sebabnya Yang Mulia, penting bagi kita untuk menyelesaikan kebuntuan ini berkaitan 1MDB dan IPIC secepat mungkin, supaya kita meletakkan penyelesaian secepat mungkin, kerana ia memalukan kepada kedua-dua negara, memalukan Malaysia, memalukan UAE juga dan personaliti yang dekat dengan anda."

https://www.malaysiakini.com/news/506487

Selain Managing Director IPIC serta CEO Aabar iaitu anak syarikat milik penuh IPIC, yang ambil bahagian besar dana 1MDB termasuk Sheikh Mansour iaitu Timbalan Perdana Menteri UAE yang juga adik kepada pemerintah UAE.

Sheikh Mansour yang juga pemilik kelab Manchester City telah menggunakan dana 1MDB untuk membeli kapal layar Topaz yang bernilai US$700 juta. (kapal ini seterusnya telah dijual kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.)

https://theedgemalaysia.com/.../topaz-and-sheikh-mansour...

Perlu ingat bahawa setiap sen yang didakwa hilang dari 1MDB ialah selepas dana tersebut telah dijamin atau dipindah ke IPIC.

Sebab itu, 1MDB bawah pentadbiran kerajaan Najib telah tanda tangan satu perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017 untuk memberi masa sehingga 30 Disember 2020 untuk mengembalikan dana sebanyak US$7 bilion kepada 1MDB.

Malangnya selepas kerajaan tukar pada PRU14 tahun 2018, kerajaan Mahathir telah mendakwa Najib di mahkamah atas tuduhan penyelewengan bernilai RM6.6 bilion berhubung penyelesaian dengan IPIC.

Dengan menggunakan pendakwaan Najib yang langsung tidak berasas (seperti tertulis dalam memo dalaman AGC yang terbongkar) bagi kes penyelesaian IPIC itu sebagai alasan pula, kerajaan Mahathir telah membatalkan perjanjian penyelesaian tersebut dengan IPIC supaya dana US$7 bilion tidak dikembalikan seperti dijadual.

Akhirnya pada awal tahun 2023 ini, kerajaan perpaduan telah teruskan penyelesaian IPIC ini dengan nilai US$1.8 bilion - iaitu jauh di bawah nilai asal US$7 bilion dalam perjanjian asal yang dibatalkan dan menyebabkan kerugian sebanyak US$5.2 bilion (RM24 bilion) bagi negara.

Keterangan saksi Bank BSI pada bulan April 2023 ini adalah bukti bahawa Najib bukan mastermind 1MDB sebab jika dia mastermind, kenapa pula dia bimbang dengan nilai sebenar pelaburan 1MDB dan telah berhubung terus dengan BSI Bank secara peribadi untuk meminta dokumen tambahan?

https://www.malaysiakini.com/news/662466

Namun selepas Najib sedar ada yang tak kena dengan 1MDB, dia hanya ada dua pilihan:

Pilihan A: Bongkarkan sepenuh-penuhnya bahawa kerabat Raja Arab Saudi dan kerabat Raja UAE telah berpakat dengan Jho Low untuk mencuri dana 1MDB dan mendakwa mereka dalam mahkamah.

Pilihan B: Tukar pengurusan 1MDB, mencapai penyelesaian secara senyap untuk mendapat bailik semua dana yang hilang, memelihara potensi aset-aset tertinggal 1MDB serta menjaga hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi dan UAE.

Nampak sangat jelas bahawa Najib telah pilih B. Bagaimana dengan anda?

 


No comments: