SELEPAS SELESAI PERARAKAN PMX BERTEMU RAKYAT










 Usai Sambutan Hari Kebangsaan, saya dan Jemaah Menteri bersama mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketemu rakyat pelbagai kaum yang bersama dalam acara ini sedari semalam. 


Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar. 


Semoga semangat merdeka rakyat ini terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari rakyat Malaysia. 


Merdeka!




#MalaysiaMADANI 

#Merdeka66



No comments: