KESIAN PAS, MASIH TETAP KEMARUK NAK BERSAMA UMNO, DENGAN BERSATU SAJA TAK BOLEHKAH TUBUH KERAJAAN?


Kesian dengan Pas, mereka nampaknya tetap teringin, ghairah dan kemaruk mahu bekerjasama dengan UMNO semula, walaupun sebelum ini telah ditolak berkali-kali.


Kali ini, keyakinan bekerjasama itu diyakini dapat dilaksanakan setelah Ahmad Zahid Hamidi pada suatu ketika nanti tidak lagi menjadi Presiden UMNO.


Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Mahfodz Mohamed berkata, dengan bersatunya ketiga-tiga parti Melayu terbesar itu setelah Zahid Hamidi tidak lagi memimpin UMNO nanti, mala akan dapat merealisasikan hasrat mereka untuk terus menguasai kepimpinan negara.


“Saya yakin dan percaya apabila Zahid tak jadi Presiden UMNO lagi nanti, saya yakin dan percaya tiga-tiga parti besar Melayu ini iaitu UMNO, Bersatu dan PAS akan bersatu.


“Maka insya-Allah kita akan kuat dan kukuh untuk terus dapat memimpin dan menguasai negara Malaysia tercinta ini,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok ambang Merdeka Perikatan Nasional di Kampung Jeram, Muar.


Ternampak jelas keinginan dan keghairahan Pas untuk bekerjasama dengan UMNO semula hanyalah semata-mata untuk membolehkan parti itu menjadi sebahagian kerajaan semula.


Tanpa bekerjasama dengan UMNO, tak bolehkah Pas menjadi kerajaan melalui kerjasama dengan Bersatu dan Gerakan saja?


Hahaha….penting rupanya UMNO di sisi Pas.


Soalnya, bila ketikanya Zahid Hamidi tidak lagi menjadi Presiden UMNO seperti diharap-harapkan Pas itu?


Tiga tahun lagi? Enam tahun lagi?


Atau sepuluh tahun lagi?


Tunggulah ya….


Selain itu, untuk apa sebenarnya Pas beria-ia sangat mahu jadi kerajaan semula?


Supaya dapat makan gaji buta semula?


Selama berada dalam kerajaan sebelum ini – ketika era Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob – parti itu terbukti gagal memainkan peranan yang berkesan untuk kepentingan negara.


Presiden Pas, Hadi Awang sebagai duta bertaraf menteri ke Timur Tengah lebih dianggap hanya makan gaji buta kerana banyak berada di Marang daripada memainkan peranan dengan fungsi jawatan yang disandangnya.


Begitu juga dengan menteri dan timbalan menteri daripada Pas – ada macam tiada, nak kata tiada, tetapi ada pula dengan kereta rasmi ke sana sini penuh bergaya.


Negeri-negeri yang ditadbir Pas lagi terbukti gagal, khusus dalam menyelesaikan banyak masalah rakyat, misalnya masalah air di Kelantan yang sudah pun berlarutan puluhan tahun lamanya tanpa penyelesaian.


Negeri-negeri tadbiran Pas juga masih berharap bantuan kerajaan pusat untuk membiayai projek-projek pembangunan dan pengurusan negeri.


Sebegitu gagal sekali pun, masih ghairah lagi Pas nampaknya mahu menguasai kerajaan pusat.


Tak ada rasa malu ke dalam diri mereka? – ShahbudinHusin 31/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/