MERASMIKAN TILAWAH AL QURAN PADA 12 JUN 2023








Alhamdulillah, dapat hadir merasmikan Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Butterworth Arena.

Pastinya majlis ini ruang kesempatan untuk terus meningkatkan kefahaman Al Quran.

Kitab suci ini seharusnya dimanfaatkan dengan membaca, menggali muhazab dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Di kesempatan ini juga saya telah meminta rakyat agar memberikan ruang kepada kerajaan dalam melakar kerangka dasar pembangunan negara berdasarkan teras Malaysia MADANI.

Apa sahaja gagasan dilontarkan atau prinsip dibicarakan seperti rahmah dan amanah, ia boleh diterima bukan sahaja kepada masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam.

Malah, saya juga telah mengarahkan JAKIM untuk lebih memainkan peranan agar selari dengan pembangunan dan pentadbiran negara demi kemaslahatan umat.

#MalaysiaMADANI

 

No comments: