Toksah tipu la. Sebenarnya majoriti penyokong PAS sedar yang
parti mereka semakin hanyut. Mereka sendiri menjadi saksi hidup yang pemimpin
mereka kerap berdolak-dalik dan acapkali keluarkan fatwa songsang.
Tapi kenapa masih jadi walaun?
Pertamanya, kerana doktrin 'hanya PAS Islam' yang telah begitu
sebati dalam jiwa mereka. Mereka jadi takut untuk tinggalkan PAS kerana takut
seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam.
Untuk atasi doktrin ini, kerajaan perlu kumpulkan segala ilmuwan
Islam yang hakiki dan neutral atau non-partisan dan gunakan semua saluran media
yang ada untuk bangkitkan kesedaran.
Kedua, kerana ego. Senang cerita, terlajak kata. Dah bertahun
memuji PAS, sejak dari zaman Almarhum TG Nik Aziz. Dan dah puas kafirkan orang
lain. Nak mengaku tersilap bererti pecahkan ego sendiri. Ini yang mereka tak
sanggup.
Yang ini, takkan bertahan lama. Jika kerajaan terus pamerkan
prestasi cemerlang, mereka pasti akan bertukar arah. Yang penting, kerajaan
perlu umum setiap perkara baik yang dilaksanakan agar terbuka mata mereka
seluas-luasnya.
Dan ketiga, kerana kaedah menyerang yang diguna pakai oleh parti
kerajaan. Bila kita menyerang, maka mereka on defensive mode. Dalam mode ini,
tidak ada apa penjelasan yang boleh akal mereka terima. Semuanya akan mereka
pusingkan.
Cara ofensif ini perlu. Tapi untuk penyokong mereka yang tinggal
di negeri tersebut. Sebab mereka ini puak yang alami sendiri segala derita dan
sengsara kesan kelemahan pentadbiran, kemandulan idea dan kebobrokan kerajaan
negeri.
Tapi bagi pengundi yang berada di luar, mereka tak rasa kesemua
itu. Jadi segala cerita yang tersebar akan dianggap berniat jahat. Mereka akan
rekayasa bermacam alasan untuk pertahankan PAS walau mereka sendiri rasa
sangsi.
Untuk golongan ini, mereka perlu dihampiri secara baik. Perlu
ajak mereka fikir. Jangan layan mereka seperti musuh tapi seperti sahabat yang
ingin kita selamatkan dari lembah kehancuran.
Sebab itu PH dan BN perlu pelbagaikan cara untuk memenangi hati
penyokong PAS. Tak boleh dengan aatu cara saja. Perlu bentuk pelbagai kumpulan
dan dilatih dengan pelbagai kepakaran. Kalau guna satu kaedah saja, susah nak
berjaya.
Paling penting, kena gunakan segala saluran media yang ada. Dari
media arus perdana hingga ke media sosial. Jangan biarkan pembangkang manipulasi
media hingga fitnah mereka terlibat seperti benar. Kena mulakan dari sekarang.
Guane boh?