Masih lagi isu peningkatan bil elektrik. Ada pihak yang menuduh cytro PH menafikan kebenaran.

 


Masih lagi isu peningkatan bil elektrik. Ada pihak yang menuduh cytro PH menafikan kebenaran.




Benda ni tak susah nak check. Tengok je dekat bil bulanan tu. Dekat situ ada tertera kadar bagi setiap blok.

Aku lampirkan bil aku sendiri sebagai contoh. Cuba bandingkan tarif di bulan Disember dengan yang terbaru.

Dekat mana naiknya? Kadar bagi setiap blok kekal tak berubah walau 0.0001 sen pun. Jadi apa asas tuduhan itu?

Aku bukan pakar elektrik jadi tak tahu kalau cuaca panas ada kesan pada bacaan meter. Tapi kalau rasa ragu, laporkan saja kepada TNB.

Melainkan korang ada tukar meter, sepatutnya tiada beza pun dalam bacaan oleh meter tersebut.

Begitu juga kalau syak pegawai TNB tak jujur masa ambil bacaan meter. Boleh periksa sendiri dan buat laporan kalau bacaannya silap.

Pokoknya di sini, tarif elektrik tetap sama semenjak Disember hingga Jun. Tak naik pun. Jelas ini suatu fitnah.

Cuba tengok balik bill korang. Tengok penggunaan setiap blok terutama blok yang bawah sekali. Itulah perbezaannya.

Bukan nak bela tak tentu pasal. Aku pun tak suka bil elektrik naik. Tapi biarlah berfakta. Kalau ada fakta yang aku tertinggal, boleh beritahu. Guane boh?

Raja Gelap

.