Juwari Md Yusof
MB TGANO salahguna kuasa..kenapa jual murah tanah melayu RM500.000.00.Mari lekas tonton video penerangan ini tunjuk sekali pada adik beradik anda,sanak sedara kamu,kawan2 sekerja sepermainan masing2 biar semua tau sape sebenarnya MB PAS TERENGGANU https://twitter.com/CXinfei/status/1664491499546107904
Skandal penjualan tanah harga di bawah pasaran milik rakyat kepada persatuan isteri wakil rakyat PAS memasuki fasa baharu apabila Ketua Pemuda UMNO Terengganu membuat laporan rasmi kepada SPRM.Ekoran tindakan tersebut PAS Terengganu melalui pelbagai pihak dan saluran mula gelabah dan bertindak menyerang balas dengan naratif UMNO-BN ketika menjadi kerajaan negeri sebelum ini merampas tanah milik rakyat secara zalim,itu adalah tuduhan liar PAS.Sebuah kerajaan negeri atau pusat ada asas kukuhnya sendiri apabila bertindak mengambil atau membatalkan semula pemberian tanah tersebut.
Buktinya mudah, tanah yang di jual di bawah harga pasaran dan menjadi isu besar sekarang ini yang juga di namakan oleh PAS Terengganu sebagai Dataran Khairunnisa ini sebenarnya berlaku “penjualan dua kali”. Pelik bukan?Untuk rekod tanah tersebut pernah di berikan kepada Koperasi Insaf Terengganu Berhad (KOINSAF) milik pemimpin PAS Terengganu pada tahun 2003 iaitu ketika Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu.KOINSAF di tubuh pada 29 Disember 2021 di pengerusikan oleh Bendahari PAS Kemaman Roslin Abdul Rahman.Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang ketika itu Hussain Ismail adalah Ahli Lembaga Pengarah KOINSAF.
Tanah ini pernah menjadi tapak Mahkamah Syariah dan pejabat kerajaan itu di beri kepada koperasi milik pemimpin PAS Terengganu dengan bayaran premium RM340 ribu.Memandangkan kedudukan tanah itu yang strategik dan berkepentingan rakyat, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional pada 2005 terpaksa membuat pengambilan balik tanah tersebut.Kerajaan negeri ketika itu terpaksa membayar kepada KOINSAF sebanyak RM8.06 juta, iaitu nilaian semasa tanah tersebut.Dengan pembayaran itu, KOINSAF dan pemimpin PAS Terengganu telah menerima ‘keuntungan’ sekitar RM7 juta.
Kini sekali lagi PAS menjadi Kerajaan Negeri Terengganu dan antara perkara pertama mereka lakukan adalah menjual tanah tersebut lagi sekali kepada “PAS” dengan menggunakan persatuan isteri wakil rakyat PAS sebagai pembeli?Berapa kali Pas meraih keuntungan?SPRM perlu menyiasat dari awal penjualan aset rakyat kepada PAS bermula dari Hadi menjadi MB.Itu yang seadilnya bagi rakyat.Jika Khir Toyo di dapati bersalah membeli tanah prime di bawah harga pasaran bagaimana pula dengan kes ini?Malah Lim Guan Eng juga sedang menghadapi perbicaraan dengan kes yang sama iaitu membeli banglo di bawah harga pasaran.Bezanya Khir Toyo dan Guan Eng membeli tanah milik persendirian dan bukannya tanah milik rakyat(huraian kes boleh anda baca di handsard mahkamah).
Kesimpulannya, PAS lupa atau tidak bercerita benar kenapa ribuan lot tanah di ambil semula oleh kerajaan UMNO BN ketika itu dan bukannya cuba tutup bangkai gajah dengan seluar dalam.Syabas dan tahniah Ketua Pemuda UMNO Terengganu.Pemimpin lain termasuk pemimpin masyarakat wajar membuat laporan kepada SPRM juga.Tanah rakyat di jual kepada parti politik dengan harga tidak masuk akal!
DATARAN KHAIRUN NISSA ingat nama ini jangan lupa di peti undi PRN 6 negeri nanti.