Adrian Lim
Beberapa tahun yang lalu, negara Malaysia melalui detik hitam dalam sejarah apabila sekumpulan militan Sulu cuba menakluk Sabah.
Kekecohan dan huru hara berlaku. Lalu, beberapa orang anggota tentera dan keselamatan kita terkorban dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara 💔😢
Semuanya berpunca daripada tuntutan militan Sulu ke atas Sabah.
Menurut militan Sulu, Sabah telah dipajak kepada Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1800an. Oleh itu, Sabah masih milik Sulu.
Kini, Sanusi membawa skrip yang sama.
Menurut Sanusi, Pulau Pinang telah dipajak kepada Francis Light pada tahun 1700an. Oleh itu, Pulau Pinang masih milik Kedah.
Skrip yang sama ♻️
Naratif yang sama ♻️
Seorang bernama Sultan Kiram Sulu.
Seorang bernama Sanusi MB Kedah.
Mereka gagal mentadbir, gagal membangunkan rakyat sendiri, gagal memajukan tempat sendiri. Maka mereka menunggang agama dan menuntut kawasan orang lain demi menutup kelemahan sendiri.
Semoga Malaysia sentiasa aman dan dijauhi bala yang dibawa oleh Sulu dan Sanusi.