TERJEMAHAN AL QURAN PERINGKAT GLOBAL.

 




Perdana Menteri. YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Pengurus Besar Noor International Center for the translations of the Noble Quran, Sheikh Ali bin Abdullah Al Madhi bagi membincangkan tentang kepentingan meningkatkan ketersediaan dan akses kepada terjemahan Al-Quran dalam berbagai bahasa dalam usaha memungkinkan individu dari pelbagai latar bahasa untuk memahami Islam dengan lebih mendalam.


Gerakan menterjemah ini tidak hanya berperanan sebagai medium menyebar pengetahuan tentang Islam, namun turut bertujuan untuk merapatkan jurang antara kumpulan masayarakat, sekali gus menggalak sikap toleransi dalam kehidupan.


Sumber: FB YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim


#KomunikasiKomuniti

#MalaysiaMADANI



No comments: