NAMA ALLAH, AZAN & KONSERT COLDPLAY



Norman Radzuan


Semakin dkt PRN semakin ganas provakasi pembangkang

NAMA ALLAH, AZAN & KONSERT COLDPLAY


Di saat PRN semakin hampir pelbagai isu lama dibangkitkan. Ini kerana seperti saya ulaskan semalam apabila tiada isu rasuah, salah guna kuasa maka isu yg ampuh untuk tarik undi Melayu, naratifnya ialah membangkitnya isu sensitiviti kaum majoriti iaitu bangsa Melayu.


Dlm hal ini saya ingin berpesan kpd para Menteri, isu ini ia hendaklah diselesaikan cara yg penuh cermat. Sebab kita bukan sahaja berlawan dgn org Melayu tetapi berdepan dgn org Melayu ekstrims di mana bagi mereka parti mereka adalah agama dan keahlian parti mereka tiket ke syurga.


Kita kena ingat kebanyakan mereka itu ramai di dlm kelompok yg dipesan Imam Syafie, “Aku mampu berhujah dgn 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil, kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”


1) Dlm isi ini Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 2013 berkata org bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah. Begitu juga Mufti Perlis, Dr Asri memberi pandangan yg serupa.


Isu kalimah Allah ini tidak wujud di negara2 Arab kerana Kristian Arab dan Bible dlm Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Rasulullah saw, memang menggunakan perkataan Allah merujuk kpd Tuhan.


Di Semenanjung Malaysia, dlm kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara org cina yg bukan muslim di Kelantan terbiasa dgn kalimah ‘inshaa Allah’. 


Logo Polis dan Tentera tertulis ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ yg mana turut dipakai oleh anggota yg muslim dan non muslim.


Saya tertarik dgn pandangan Ketua Pemuda UMNO yg saya anggap bijak berpolitik. Beliau mengambil pendekatan selamat terutama ketika kita menghampiri Pilihanraya Negeri.


Asyraf Wajdi Dusuki  mencadangkan membuat permohonan kpd Mahkamah Rayuan agar keputusan Mahkamah Tinggi tersebut ditangguhkan terlebih dahulu sehingga mahkamah lebih tinggi membuat keputusan muktamad.


Kerajaan juga perlu mengadakan sidang meja bulat sama ada secara maya atau tidak dgn pemegang taruh seperti wakil kerajaan negeri, wakil persatuan peguam syariah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi merangka strategi seterusnya.


2) Tentang isu lama juga iaitu Azan. 99% bangsa bukan Melayu atau org bukan Islam tahu Azan akn berkumandang 5 kali sehari. Cuma yg kita dgr apabila rungutan apabila bacaan Al Quran juga dimainkan di awal2 pagi sebelum Subuh dgn menggunakan pembesar suara.


Isunya adalah semua aktiviti di masjid dan surau2 dipasang pembesar suara sekuat kuatnya sehingga penduduk bukan Islam terganggu. Kalau buat semua aktiviti itu hanya dalam masjid tanpa speaker boleh saja.


Ramai org bukan Muslim keliru antara azan dan bacaan2 selain azan dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Islam tidak membenarkan suara2 dikuatkan kerana ia bukan menambahkan cinta mereka kpd Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham byk pihak. Itu pandangan Ulama2 mengenainya.


Mengenai terjadi di Penang ia kes terpencil kawasan penduduk. Malah anak muda PKR telah membuat laporan polis. Penduduk di kawasan tersebut tidak mewakili parti atau mana2 kumpulan.


3) Akhirnya Konsert Coldplay dijadikan senjata utk PRN. Bab ini Cybertrooper kerajaan mesti berperanan memberi penerangan. Ini kerana ia sengaja dipolitikkan kerana kerajaan PN yg dianggotai PAS sendiri pernah membenarkan artis LGBT, Billie Eilish mengadakan konsert. Isu ini akn terus dimainkan sehingga PRN nanti.



No comments: