FILEM " ANWAR - UNTOLD STORY" - SEJUJURNYA..








Setelah berpuluh tahun saya tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang, kali ini saya terpanggil untuk datang jauh dari Kuantan ke KL hanya untuk memenuhi jemputan dari Sdr Zunar (Pengarah Eksekutif) filem "Anwar - Untold Story" bagi menyaksikan tayangan perdana filem tersebut di Pavillion, KL semalam.  


Saya bersama rakan2 lain turut teruja dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim dan Kak Wan serta ramai lagi pimpinan yang hadir bersama beberapa pelakun dan artis.  Dikhabarkan sebanyak 17 hall dibuka untuk tayangan serentak filem ini dipanggung "Daddy Cinema".  Ini bukan filem seram, percintaan, komedi mahupun filem.fiksyen, tetapi ianya sebuah filem benar berkisarkan soal prinsip, perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.  Filem tentang onak dan duri seorang insan yang bernama Anwar Ibrahim yang kini menjawat jawatan PM ke 10.


Jika anda seorang yang mengikuti perjalanan hidup Anwar Ibrahim di era reformasi atau lebih awal, anda tidak perlu tunggu masa yang lama untuk mengesat kelopak mata anda.  Buat anak2 muda khususnya yang belum lahir di tahun 1998 atau waktu itu tidak mengerti apa2 tentang politik negara, filem ini akan memperkenalkan kepada anda siapa Anwar Ibrahim.  


Watak DS Anwar Ibrahim yang dipegang oleb pelakun Farid Kamil tidak menghampakan.  Lakonan cemerlang pelakun Indonesia terkenal, Acha Septriasa benar2 berkesan seolah-olah kita melihat sendiri watak Dr Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim.  Menyirap darah kita apabila melihat watak maha firaun Dr Mahathir yang dipegang oleh pelakun Hasnul.  Watak Daim, benar2 buat kita mulanya merasa lucu tetapi berubah menjadi geram dan marah.  


Sejujurnya, saya beri jaminan bahawa filem ini akan menjadikan saya akan ke panggung lagi untuk menonton filem yang sama.  Besarlah harapan saya agar filem ini akan disambung lagi kerana kisah perjuangan dan penderitaan Anwar Ibrahim itu tidak singkat.  Filem pertama ini hanya berkisar tahun di mana Anwar Ibrahim memulakan langkahnya di dalam politik dan kerajaan sehingga beliau dipecat, diaibkan dan dipenjarakan.  Filem ini tamat apabila Anwar Ibrahim ditumbuk dan dibelasah sehingga lebam sebelah matanya.  


Sudah tentu kita semua tertunggu2 filem seterusnya bagi melengkapkan penceritaan kisah perjuangan reformasi ini.  Tahniah dan syabas kepada Pengarah filem.ini terutamanya kepada Sdr Zunar yang berusaha menjayakan filem sebaik ini.  Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menonton filem yang hebat ini.  Marilah kita bersama membantu mempromosikan filem bersejarah ini.  Tunggu tarikh tayangannya di pawagam berhampiran anda mulai 18 Mei ini.


WFAUZDIN NS



No comments: