CONTOHILAH ULAMAK SEBENAR.BUKAN CAKAP MELALUT ITU INI.




Ismail Muhamad

  · 

Beginilah contoh ulamak yg benar.

------------------------

Haji Nawawi Janggut Merah Yang Lulus!

Terdapat suatu kisah, di mana Sultan Iskandar Shah, iaitu Sultan Perak yang ke tiga puluh telah menjemput seluruh ulama terkemuka di negeri Perak untuk berbuka puasa di istananya di Bukit Chandan, ketika bulan Ramadhan.

Maka ramailah para alim ulama yang hadir demi memenuhi jemputan daripada baginda Sultan.

Diceritakan, ketika di saat hampir waktu berbuka, baginda Sultan Iskandar Shah telah menitahkan semua para tetamu yang hadir supaya berbuka dan menjamah makanan, sedangkan pada waktu itu belum lagi masuk waktu maghrib.

Semua para tetamu yang hadir kehairanan dan mendiamkan diri kerana tidak berani membantah titah tersebut. Di dalam suasana kehairanan itu tiba-tiba seorang ilmuan berdiri lalu bersuara, “Kalau tuanku hendak masuk neraka, masuklah seorang!”.

Semua para tetamu yang terdiri dari kalangan ulama tergamam dengan tindakan ilmuan itu, kerana yg ditegurnya adalah baginda sultan, selaku Raja bagi negeri Perak.

Akhirnya baginda Sultan Iskandar Shah memuji tindakan ilmuan tersebut kerana berani menegur titahnya. Ilmuan tersebut merupakan guru agama kepada baginda sultan Perak, iaitu Haji Nawawi bin Haji Tahir atau lebih dikenali sebagai Hj Nawawi Janggut Merah.

Sebaliknya baginda sultan menegur dan memarahi alim ulama yg mendiamkan diri, lalu baginda mengeluh dengan berkata, “Nasib baiklah di Perak ini masih ada lagi orang yang berani menegur beta.”