MEMBESARKAN MASJID MENGKUANG TITI-KAWASAN BERDEKATAN IPG/ PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN BERDEKATAN

 







Saya berada di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam bersempena Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi.

Pembinaan masjid ini amat penting bukan sahaja sebagai tempat beribadat di kawasan sekitar Mengkuang Titi namun, amatlah besar harapan jika ia dibudayakan menjadi pusat tumpuan pendidikan, ekonomi, sosial dan muamalah umat Islam.

Bersempena hari Jumaat barakah di bulan Ramadan penuh keberkatan ini, saya mewakili Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM5.4 juta bagi membina masjid Mengkuang Titi. Manakala, peruntukan RM1.1 juta turut disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan RM2.5 juta adalah hasil daripada sumbangan orang ramai.

Insya Allah, saya yakin dengan adanya Masjid Mengkuang Titi kelak dengan kos RM9 juta, ia bakal diimarahkan oleh penduduk setempat dan kawasan-kawasan berhampiran yang lain.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) selaku penganjur majlis.

Jutaan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan barisan Exco yang memberi sokongan padu dalam memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

 

No comments: