ELOK LAH TU....SUPAYA JELAS DAN TERBELIAK MATA MELIHAT




Eloklah tu kalau PAS/PN nak ketengahkan Kelantan sebagai model di peringkat pusat. Senang rakyat nak buat penilaian. Tiada kerajaan yang lebih gagal selain daripada Kelantan.

Sediakan bekalan air bersih - gagal.

Jana ekonomi - gagal.

Susun belanjawan - gagal

Sediakan peluang pekerjaan - gagal.

Jaga hutan - gagal.

Kawal bencana - gagal.

Bantu rakyat ketika bencana - gagal.

Banyak kalau nak senaraikan. Entah apa kejayaan PAS di Kelantan yang nak dibanggakan. Kalau takat memperdayakan rakyat dengan imej Islamik, itu tak boleh dipanggil kejayaan tetapi keaiban.

Kalau PN memerintah, gamaknya seluruh Malaysia akan jadi seperti Kelantan yang ketinggalan serba serbi walaupun negeri itu punyai potensi yang besar dan rakyat yang berdaya saing.

Itu tak kira perangai pemimpin Bersatu yang anak beranak sakau, sampai subsidi hak rakyat pun dia bedak sesuka hati. Kalau rakyat nak selamat, jauhi PN terutamanya PAS. Guane boh?

Raja Gelap

.