APA PUN PUJIAN PADA MENTERI INI.AKU TETAP KATA DIA KURANG IDEA TIDAK CEKAP DAN LAMBAT BERTINDAK. OLEH KERANA AKU DEKAT DENGAN MEDIA PARTI MAKA RAMAI YANG MELUAHKAN SIKAP BELIAU PADA AKU. DI BAWAH INI PANDANGAN RAJA GELAP. TETAPI AKU RASA AKHBAR PARTI SEHARUSNYA LEBIH BERTENAGA DARI AKHBAR LAINNYA. SEBAB DIA TAK CEKAPLAH AKHBAR ITU SEPERTI TIDAK WUJUD. KALAU AKU JADI ANWAR, DAH LAMA ORANG INI DIHUMBAN KE TEMPAT LAIN.

 


Masa heboh takbir raya PN di TV3, ada ramai juga rakyat bersuara yang menyalahkan menteri. Ramai yang mahu dibuat pembersihan. Aku pun berharap begitu tapi, terhadap syarikat swasta, pembersihan bagaimana yang boleh dibuat?


Sebenarnya, tak perlu pun dibuat pembersihan di TV3. Apa yang perlu hanyalah dengan menjatuhkan ranking stesen itu. Dan perkara itu boleh dilakukan oleh penyokong sendiri dengan memboikot siaran TV3. Tapi ini pun susah juga.


Kenapa susah? Sebab tak ada alternatif lain. Astro berbayar manakala RTM pun, lebih sinonim sebagai saluran orang tua. RTM masih di takuk lama. Ada sedikit penambahbaikan tapi tak begitu signifikan dan masih gagal menarik minat.


Di sinilah peranan menteri. Apa yang menteri perlu lakukan adalah dengan membuat reform dan juga meremajakan (rejuvenasi) RTM. Jadikan stesen tv RTM sebagai saluran yang diminati ramai, sebagai  pilihan nombor satu rakyat.


Dalam politik ni, ada tiga 'cakap' yang perlu dibuat secara berturutan. Pertama, cakap apa yang rakyat mahu dengar. Kedua, cakap apa yang mereka perlu dengan dan akhirnya barulah boleh cakap apa yang kita mahu mereka dengar.


Kena mulakan dengan cakap apa yang rakyat mahu dengar. RTM perlu tarik minat penonton dengan rancangan yang berkualiti dan diminati ramai. Perlu ada rancangan seperti drama-drama TV3. Program lawak seperti Maharaja Lawak atau Sepahtu. Ada rancangan muzik seperti AJL.


Kurang kreativiti? RTM boleh tarik mereka yang ada di Astro dan TV3. Tawarkan mereka skim gaji yang menarik dan ruang kreativiti yang luas. Jangan terlalu terikat dengan protokol. Mereka perlu diberi kebebasan untuk berkarya.


Buka pintu kepada karyawan untuk sumbangkan karya mereka. Ada ramai juga artis popular yang menyokong PH. Gunakan mereka. Beri mereka slot sama ada sebagai pengacara ataupun mengarah drama atau terbitkan program tv.


Program yang disiarkan jam 7 petang dan 9 malam sangat penting kerana ada siaran berita antara dua waktu itu. Ia akan menjadi sebab untuk orang kekal di saluran tersebut dan menonton berita RTM.


Untuk slot berita, RTM boleh bekerjasama dengan Bernama. Tak perlu pun BernamaTV. Jadikan RTM stesen tv yang paling dipercayai dengan berita yang termutakhir untuk rujukan semua lapisan rakyat.


Ada banyak lagi yang boleh dibuat untuk menarik minat rakyat menonton RTM. Masa itu, rakyat dah tak perlukan lagi TV3. Bila RTM dah menjadi stesen pilihan rakyat, barulah mesej-mesej penting dapat disampaikan kepada rakyat dengan berkesan.


Memang tak sempat nak buat sekarang sebab dah terlalu hampir dengan PRN. Tapi PRU16 jauh lebih penting berbanding PRN. Masih ada masa 4 tahun lagi sebelum PRU16. Cuba bangunkan RTM sebagai saluran pilihan rakyat dalam masa 2 tahun ini dan lihat hasilnya nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: