MERENDAH DIRI TAK MENJATUHKAN DARJAT ATAU MARUAH PUN. TETAPI ADA SEKOQ TU MENYOMBONG TAPI NAMA PARTI ISLAM .....PIANG BETOI..




Kehebatan DS Anwar yang jarang ditemui pada diri pemimpin lain. Bahkan marhaen sendiri pun susah nak ada sifat begitu, termasuk juga aku, iaitu sifat pemaaf yang tak bertebing.

Beliau dihina, dicaci, dicerca bahkan diremehkan imannya, tapi beliau tak mendendami mereka yang memusuhi beliau. Hatinya sentiasa terbuka untuk merapatkan silaturrahim.

Bahkan setelah diberi kuasa, beliau tidak angkuh malah tidak menggunakan kuasanya secara salah untuk menyusahkan mereka yang memusuhi beliau dahulu. Beliau lebih suka membalas tuba dengan madu.

Tak ramai boleh bersifat begitu. Aku sendiri pun, tak suka balas dendam tapi jangan harap aku nak baik lagi dengan orang yang cari pasal dengan aku. Nak salam pun tidak. Apa lagi nak peluk.

Tak macam seorang lagi pemimpin tu. Padahal DS Anwar tak cari pasal pun dengan dia. Malah karier politiknya terselamat kerana PH terima partinya yang baru ditubuhkan. Tapi dia pula yang khianat PH sebab gilakan kuasa.

Dah khianat, masa kempen PRU dia terjerit-jerit hina DS Anwar. Diejeknya DS Anwar. Kononnya dia dah pernah jadi PM, bukan macam DS Anwar yang PM tepi. Tapi akhirnya, dia yang jadi PM tepi sekarang. Dah tu, meroyan tak sudah.

DS Anwar seorang yang penyabar dan pemaaf. DS Anwar tak perlu pun nak balas dendam. Kini semua yang pernah hina beliau sekarang ini terhina dengan sendirinya. Guane boh?

Raja Gelap