Pagi tadi saya menerima delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Somphote Ahunai yang mewakili Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd.
Saudara Somphote adalah ‘Elon Musk of Thailand’ dan Energy Absolute adalah sebuah peneraju tenaga boleh baharu dan syarikat yang terkemuka di dalam industri teknologi hijau di Thailand.
Syarikat EA yang mempunyai kekuatan modal pasaran sebanyak THB 380 bilion bersamaan RM45 bilion ingin meneroka pasaran Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip seperti mendukung, melabur dan mengangkat projek pemicu (pilot project) yang akan berkolaborasi dengan Computer Forms Malaysia Berhad (CFM) untuk membangunkan industri teknologi hijau di Malaysia, pemindahan teknologi EV ke Malaysia, membina kilang pembuatan dan bekalan EV, khususnya dalam sektor pengangkutan seperti bas elektrik, bas sekolah elektrik, bot elektrik, motosikal elektrik, bateri EV, kereta api elektrik, kereta mobil elektrik dan lain-lain dengan nilai RM5 billion.
Sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN, dengan budaya dan warisan yang hampir sama, kerjasama antara Malaysia dan Thailand terus kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi dengan kerjasama di pelbagai lapangan yang relevan.