RAKYAT MENYAMPAH DENGAN PARTI POLITIK

 

Saya mula menulis mengenai Undi Calon, 2 tahun lepas. Sejak jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan. 


Selepas tertubuhnya Kerajaan Melayu Islam, mereka turut juga bergaduh, jatuhkan sesama kawan. 


Makanya, pertama kali dalam sejarah negara, majoriti pengundi Malaysia menyampah dengan dunia politik. Sampai nak boikot pilihanraya. POLITICAL FATIGUE melanda negara. 


Itu lagi la tidak baik untuk demokrasi. “No vote from us, is one vote for bad leader to rule us”. 


Itu pegangan yang kita perlu hadam selalu. Kita undi untuk masa depan negara, takkan la nak dibiarkan saja set2 haprak berkuasa? 


Makanya, saya mula menulis, tukar strategi kita. Daripada totok parti, eloklah undi calon berkualiti. 


Tak disangka suatu portal Indonesia angkat pandangan saya. Ramai yang kongsikan video ini pada keluarga saya. Buat saya terkedu jua. Unsangkarable sesungguhnya. Suara anak kampung ini berkumandang di Indonesia. 


Dari situ saya tahu gerakan ini boleh memberi impak membetulkan negara. Saya promosikan pemimpin SAFT. Ciri2 pemimpin yang dituntut oleh Rasullulah. 


Alhamdullilah… minggu lepas saya dapat tahu Rafizi Ramli pun promosikan ciri2 pemimpin SAFT ini dalam ceramah beliau. Siap kupaskan dengan panjang lebar 👍🏼


Elok la tu, kalau parti dah ambil tahu. Maka mereka akan cuba sedaya untuk bagi kita calon sebegitu. Paling tidak, diaorg screen dulu siapa yang mereka nak letak. Bukankah itu baik untuk Rakyat? 


If we want to change the politics, we have to change the society.  I can’t say this enough. 


Ia bermula dengan kita. Pilih betul2 calon anda, bukan menonong ikut parti semata2. 


Saya akan terus ketengah pemimpin2 pada nilaian saya menepati SAFT itu, untuk pertimbangan tuan/ puan jua. 


~LM~


No comments: