NORMAN RADZUAN
ISMAIL, ANWAR, ZAHID ATAU MUHYIDDIN
Bila PRU15…soalan yang selalu ditanya kepada saya oleh rakan2.
Jawapan saya tanya Anwar, Zahid, Muhyiddin pun tak tahu apatah lagi saya.
Ismail sendiri pun tidak pasti nak bubar Parlimen sekarang atau tidak.
Jadi jgn ditanya soalan yg semua org tak tahu. Kita hanya boleh
meramal sahaja. Apapun ia tetap berlaku cepat atau lambat sahaja. Persoalannya
siapakah yg paling takut bila PRU15 ini diadakan?
A) Adakah Ismail Sabri? Ismail tidak takut hadapi PRU15 kerana
dia yakin BN akn menang… yg dia takut hanyalah adakah dia masih menjadi PM. Dia
tahu Zahid Hamidi adalah halangan dia utk menjadi PM semula. Dia tahu cakap
Zahid tidak boleh dipercayai. Dia sudah menjadi nombor satu takkan dia akn
bergelar Menteri Kanan atau TPM selepas PRU15.
Pada firasat saya Ismail tahu jika dia mahu menjadi terus
menjadi PM selepas PRU15 hanya ada satu jalan. Tunggu kes Zahid diputuskan oleh
mahkamah. Bila Zahid ke dlm mudah utk dia membawa hala tuju parti dgn kelebihan
kuasanya sebagai PM. Pandangan saya Ismail akn mengadakan rundingan diantara
PAS dan Bersatu jika dia mengetuai UMNO.
B)Adakah Anwar Ibrahim? Tidak ada apa yg perlu ditakutkan Anwar
kerana dia hanya Ketua Pembangkang. Tiada tekanan buat Anwar dan yg perlu
dipastikan PH memperolehi 80 kerusi Parlimen utk menjadi Blok terbesar kerana
analisis dilakukan tiada mana2 parti politik mampu menjadi kerajaan sendirian.
Anwar hanya perlu memikirkan bagaimana membentuk kerjasama yg
kuat kerana PH sendiran sgt sukar utk menjadi kerajaan. Jadi PH mahu tidak mahu
perlu bergabung dgn blok pembangkang yg lain samada sebelum atau selepas PRU
nanti.
C) Adakah Zahid Hamidi? Jika berlaku PRU15 Zahid Hamidi adalah
org yg paling gembira. Dia tahu watikah ada di tangannya. Dia boleh sahaja
letakkan nama Ismail Sabri hanya bertanding di Pahang sebagai ADUN dan
seterusnya menjadi MB Pahang.
Bila Zahid kata Ismail akn jadi PM bermakna itu bukannya
maksudnya. Lihat Zahid bagaimana bijak menyokong Muhyiddin dan kemudian
menjatuhkan kerajaaan PN dgn memperdayakan Anwar konon menyokong ketua
pembangkang itu sebagai PM.
Apa terjadi jawatan KM Melaka dan MB Johor? Kemudian bila Ismail
menjadi PM dia ‘memaksa’ Ismail membubarkan Parlimen sdgkan Ismail adalah dari
UMNO. Zahid hanya takut jika Parlimen tidak dibubarkan segera kerana kesnya
terlalu byk utk dibicarakan. Saya percaya jika Parlimen dibubarkan awal Zahid
akn mencalonkan dirinya sebagai PM.
D) Adakah Muhyiddin Yassin? Ya Muhyiddin adalah pemimpin yg
paling takut jika PRU15 ini akn diadakan. Ini kerana Muhyiddin sedar PAS sukar
dipercayai. Mana tidaknya sampai bersolat hajat PAS mahu bersama UMNO.
PAS juga mahu menggunakan logo yg berbeza di negeri dikuasai
mereka. PAS juga tetap mahu bersama UMNO dlm PRU15 ini. Pandangan peribadi
saya… jika UMNO bersetuju PAS bersama mereka dgn syarat meninggalkan Bersatu…
saya yakin PAS akn berbuat demikian.
Andaikata PAS sendirian atau bersama UMNO bermakna ‘talkin’ utk
politik Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu.
Muhyiddin adalah pemimpin yg tidak lena tidurnya skg ini. Dia
licik seperti Zahid. Liciknya Muhyiddin bila dia dibuang dari UMNO dia
menghulur tangan utk bersama PH… kononnya melawan korupsi dan PH percaya
muslihat politiknya.
Dia menang dan menjadi Menteri atas kapasiti rakyat mengundi PH.
Dia khianat PH di kala baru sembuh dari penyakitnya. Sungguh kejam dan langsung
tidak berintegriti cara Muhyiddin berpolitik.
Terbaru Muhyiddin pasti gundah jika benarlah dlm artikel
‘Merpati’ itu Menteri KDN bertemu dgn Merpati selama sejam. Adakah benar
pertemuan itu? Adakah ada perjanjian dgn Merpati jika benar berlaku seperti
diviralkan? Ini semua membuat Muhyiddin semakin gundah selepas Zuraida
meninggalkan partinya.
PN jika ditinggalkan PAS bukan saja mereka tidak mampu utk
memenangi mana2 kerusi Parlimen malah Parlimen Muhyiddin di Pagoh juga akn
menjadi batu nisan buat Muhyiddin.
Pastinya jika PN gagal pada PRU15 ini nasib PN atau Bersatu akan
senasib S46. Muhyiddin tahu ahli Parlimen yg menyertai Bersatu dahulu hanyalah
mereka yg berkepentingan peribadi.
Nama Muhyiddin akn dikenang dlm lipatan sejarah menjadi pemimpin
politik yg dianggap pengkhianat mandat rakyat. Mahathir dan Hadi Awang? Tak
perlu ulas sb Mahathir sudah tidak relevan.. Hadi Awang apa yg perlu dia takut…
cukup 15-18 Parlimen dia jaja kpd mana2 parti utk membentuk kerajaan. Yg
penting dia dgn team boleh jadi Menteri.