PEKERJA SYARIKAT TELCO DISIASAT

 




ADAKAH CELCOM?? 

Beberapa orang staf telco sedang disiasat atas tuduhan menerima rasuah dari satu sindiket.

Sindiket tersebut membayar mereka untuk memberikan data peribadi pengguna.

Mereka telah mengaut keuntungan berjuta Ringgit setelah mengenakan caj yang tidak diketahui kepada pelanggan. Sasaran utama ialah kebanyakan pengguna prabayar kerana caj tersebut tidak dipapar pada bil.

Suspek disiasat kerana terlibat dengan tiga syarikat yang merupakan penyedia perkhidmatan kandungan SMS dengan menghantar SMS berbayar kepada pengguna telefon bimbit di seluruh negara.

Setiap kali SMS dihantar, pengguna akan dicaj antara 50 sen hingga RM4.

Bagaimanapun pengguna tidak sedar yang mereka dicaj untuk 'servis' tersebut.

Sindiket itu juga dipercayai membuat tuntutan kepada syarikat telekomunikasi sebagai bayaran perkhidmatan. Ini bererti mereka memperoleh keuntungan dari kedua-dua pihak, iaitu pengguna telefon dan syarikat telekomunikasi.

Update:

Sesiapa yg dah kena scam dgn pihak telco. Ini link utk korang buat repot on9. Repot jerr.. jgn bagi muka sangat. Description: 😠

1. https://aduan.skmm.gov.my/

2. https://www.mcmc.gov.my/ms/make-a-complaint/make-a-complaint

 

No comments: