TAKKANLAH NAK TUDUH POLIS JAHAT...BEKAS MENTERI UNDANG UNDANG LEPAS, ADALAH DARI PARTI PAS JUGAK....

 

Kenyataan polis PAS guna Taliban cuba nak buruk imej parti, kata Mursyidul Am




PAS hanya berdakwah dan tidak menggunakan kekerasan seperti
 Taliban, menurut Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kenyataan polis bahawa PAS menggunakan Taliban demi meningkatkan imej Islam hanya cubaan memburukkan parti itu kata Mursyidul Amnya, Hashim Jasin.

Hashim turut menafikan kenyataan tersebut, sebaliknya berkata tiada bukti PAS mengikut Taliban.

“Kalau cara kekerasan boleh saksikan sekarang, adakah PAS gunakan kekerasan macam Taliban. PAS tak guna apapun, PAS biasa sahaja macam parti-parti lain…

“(Kita) tak paksa orang. Kita hanya berdakwah mengajak, yang terima Alhamdulillah, yang tak terima pun kita tak ambil tindakan apa-apa. Dia cuba nak burukkan imej PAS, bermain kasar macam Taliban, tidak berlaku benda tu,” katanya kepada FMT.

Semalam, Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Normah Ishak menerusi webinar bertajuk, “Alumni Afghan Generasi Seterusnya? Penilaian daripada SEA” berkata PAS menggunakan Taliban bagi meningkatkan imej Islam parti itu.

Normah berkata PAS melakukan tindakan sedemikian apabila memuji kejayaan Taliban mengambil alih Afghanistan selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari negara bergolak itu Ogos, tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hashim mempertahankan tindakan PAS memuji Taliban terutamanya berkaitan menentang musuh Islam.

“Ya, memang kita puji kesungguhan mereka menentang musuh. Amerika Syarikat musuh Islam, jadi mereka buat sesuatu tapi tak bermakna kita ikut 100% cara Taliban. Kita dalam negara demokrasi, berbeza,” kata bekas ADUN Sanglang itu lagi.

Hashim turut mempertahankan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ciapan di Twitter yang berkata Taliban berjaya mencapai kemenangan tanah air mereka daripada cengkaman penjajahan tidak berperikemanusian.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, ciapan berkenaan dipadamkan.

Menurut Hashim itu merupakan kejayaan Taliban, “kita akui sebab musuh tak beri kebaikan untuk rakyat yang dijajah”.

No comments: