OOOOO...KAMI FAHAM....PERAK PUN BUKAN KAYA MANA....NAK KENA TEBANG ITU INI JUGA...IDAK PUN NAK DUIT JUGA....FREE TAK BOLEH...

 


Maaf, Perak tak dapat bekal air mentah kepada P Pinang, kata MB






Saarani Mohamad berkata, keputusan itu mengambil kira beberapa
 kajian impak pengaliran keluar air dari Sungai Perak terhadap prestasi
 empangan janakuasa elektrik dan kegunaan sektor perkilangan.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keputusan tidak membekalkan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) adalah muktamad, kata Menteri Besarnya, Saarani Mohamad.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat hasil perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta delegasinya di Pejabat Menteri Besar Perak di Ipoh, kelmarin.

Selain keperluan domestik penduduk, katanya, keputusan itu turut mengambil kira beberapa kajian berhubung impak pengaliran keluar air dari Sungai Perak terhadap prestasi empangan janakuasa elektrik serta kegunaan sektor perkilangan.

Beliau berkata, keputusan itu sejajar pendirian kepimpinan sebelum ini yang kerajaan Perak sedia membantu, namun tertakluk kepada kecukupan penggunaan air dalam terlebih dahulu.

“Kalau cukup, barulah (air) yang lebih itu kita boleh hantar ke Pulau Pinang, tetapi berdasarkan kajian, air untuk kegunaan Perak pun tidak sepenuhnya mencukupi, terutamanya apabila populasi diunjur bertambah kepada tiga juta menjelang 2050.

“Kedatangan semakin banyak pelabur membuka kilang di Perak turut menuntut penggunaan air yang tinggi, malah sudah ada pengilang terpaksa mendapatkan sendiri sebahagian besar bekalan air seperti dari tasik dan lombong,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Saarani berkata, penyedutan air dari Sungai Perak juga boleh menyebabkan empat empangan sungai terjejas dari segi prestasi penjanaan kuasa elektrik.

“Aspek itu bergantung sepenuhnya kepada paras air dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah pasti tidak bersetuju.”

Beliau berkata, empangan Tasik Bukit Merah di daerah Kerian yang mengalami penurunan paras air ke tahap kritikal sehingga memaksa langkah pembenihan awan dilakukan baru-baru ini, menunjukkan Perak turut berdepan masalah bekalan air.

Katanya, Pulau Pinang mencadangkan air yang ingin disedut adalah selepas kawasan empat empangan di Sungai Perak, iaitu melepasi Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar, namun ia tetap memberi kesan.

“Mengikut kajian, jika air disedut di bawah Empangan Chenderoh, penduduk di kawasan selepasnya seperti Parit, Kampung Gajah hingga ke Teluk Intan akan menghadapi masalah bekalan air.

“Kita bersimpati dengan masalah dihadapi Pulau Pinang mengenai isu air, namun maaf, Perak tidak dapat membantu (menjual air mentah).”

Chow sebelum ini dilaporkan berkata, Pulau Pinang akan berbincang dengan kerajaan Perak berhubung hasrat membeli air mentah menerusi projek SPRWTS.