UMNO MULA NAK BERLAKON SOH MAIL BAGI BANTUAN I CITRA....LAKONAN INI AKAN BERULANG DARI MASA KE SEMASA..SEBAB NAK JADI JUARA.

 


i-Citra RM10,000: Dengar rintihan rakyat, bukan Tengku Zafrul, Pemuda Umno beritahu PM





Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Perdana Menteri
 Ismail Sabri Yaakob mendengar rintihan rakyat berhubung pengeluaran
 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

PETALING JAYA: Perdana Menteri perlu mendengar rintihan rakyat dan bukannya nasihat Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, pengeluaran KWSP i-Citra RM10,000 itu sangat penting berikutan bantuan yang diberikan belum mencukupi terutama bagi mereka yang mengalami musibah banjir.

“Dengarlah rintihan rakyat, usahlah dengar nasihat Tengku Zafrul.

“Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan Menteri Kewangan apabila beliau mempertahan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 lagi.”

Ujarnya, Pemuda telah cuba sedaya upaya melalui pelbagai cara membawa suara rakyat termasuk bertemu sendiri dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Menteri Kewangan bahkan Perdana Menteri sendiri berhubung pengeluaran i-Citra.

“Harap-haraplah ini bukan keputusan akhir Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dengarlah rintihan rakyat yang mahukan bantuan i-Citra ini, lebih-lebih lagi terlalu ramai yang mahu kembali memulakan kehidupan dan perniagaan akibat terkesan dengan musibah yang melanda,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, FMT melaporkan kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan bencana banjir.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

“Kalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium tak perlu bayar setahun.

“Bank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan keperluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya pada sidang media hari ini.