REFORMIS CIKGU FARIZ MUSA TELAH TIADA



إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


Saya terkejut sebentar tadi baru menerima berita menyedihkan tentang kepulangan Kerahmatullah, seorang reformis hebat dan juga Penngerusi Jinggga 13, Sdr Fariz Musa awal pagi tadi sekitar jam 12.20 pagi di Hospital HSNZ, K.Terengganu.


Kelmarin, saya mendapat khabar beliau telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan akan ditidurkan kerana dikatakan mengalami Covid19.  Takdir Allah menentukan, Almarhum telah dijemput menemui penciptaNya setelah begitu lama berjuang menuntut keadilan dan menentang kemungkaran.  


Kali terahir saya bertemu dan bersama dengan tokoh hebat ini adalah dalam satu program ceramah anjuran Jingga 13 bersama Gerak98 di Cukai, Terengganu sekitar Mac 2020 yang turut dihadiri oleh Sdr Ezam Mohd Nor.  Kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah sekitar dua bulan lepas melalui telefon bertanya khabar dan bersembang tentang beberapa isu politik semasa.  Saya berseloroh dengan beliau bertanyakan jika beliau berminat untuk bertanding lagi dalam PRU dan saya cadangkan beliau kembali bertanding di Pekan.  Beliau ketawa dan menyatakan, carilah orang lain kerana beliau tidak lagi sihat seperti dulu.


Terlalu banyak jika ingin diceritakan tentang kisah perjuangannya.  Di dalam politik beliau pernah berada di dalam MPP Keadilan Pusat dan memegang jawatan Setiausaha Pengelola Keadilan Pusat.  Pernah bertanding di Parlimen Pekan pada PRU13.  Di dalam NGO Jingga 13, beliau dan rakan-rakanya begitu aktif di dalam hal-hal kebajikan rakyat sehingga penghujung usianya.  


Difahamkan isterinya juga turut dihidapi Covid19 dan kita doakan kebaikan dan kesembuhan buat isterinya.  Semoga Allah cucuri rahmat dan keampunan buat Almarhum Cikgu Fariz Musa.


AL FATIHAH


WFAUZDIN NS



No comments: