NADMA MANA ADA...NADMA TAK WUJUD....TENTERA SAJA ADA AMBILALIH

 

Geram NADMA lembab, tentera turun sendiri bantu mangsa banjir

Geram NADMA lembab, tentera turun sendiri bantu mangsa banjir

Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, tentera bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan tentera bagi usaha bantuan.

Kerajaan Selangor juga keberatan untuk melibatkan pihak tentera, katanya.

“Sampai suatu tahap, kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA.

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya, memetik FMT.

Tentera mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat.

Pada petang Ahad, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, memaklumkan menerusi Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Mohd Zakaria Yadi, berhubung situasi di Klang.

Kata sumber itu lagi, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) berasa “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan banjir berkuat kuasa serta-merta berikutan tindak balas hambar daripada NADMA.

Sumber itu juga berkata, agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis berkenaan”, dengan mendakwa tiada seorang pun daripada NADMA atau kerajaan negeri memantau media sosial untuk mendapatkan mesej SOS daripada mangsa.

Katanya, pihak KEMENTAH “menjerit” kepada kakitangan NADMA dan baru hari ini agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan.

“Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, tentera dan KEMENTAH memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambahnya.

Sepanjang hujung minggu lalu, hujan lebat yang turun di Lembah Klang, Pahang, Kelantan, dan Terengganu mulai Jumaat mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terpaksa berpindah.

No comments: