BANJIR DI SELANGOR- RAKYAT BANTU RAKYAT



NORMAN RADZUAN





KITA KENA AJAR APA ITU WAKIL RAKYAT

Tahniah demi rakyat Ketua Pembangkang DS Anwar dan ketua2 parti dtg bertemu PM Mail Sabri utk memohon bantuan sewajarnya kpd mangsa banjir....
Jika saya PM saya akan arahkan 3 ribu tentera turun membantu sepanjang proses pembersihan. Bantuan ke kawasan2 air yg telah surut. Tentera dikerah membantu penduduk menyuci banjir lumpur kerana ia bukan tugas yg mudah.
Saya tidak faham kenapa sudah beberapa hari bantuan dari pihak tentera tidak seperti diharapkan. Jika patut kerajaan boleh istiharkan darurat ke kawasan terbabit.
Apa guna wakil rakyat? Jgn berbangga dgn gelaran YB... mereka patut faham mereka hanyalah wakil rakyat. Apa yg kita lihat gerakan dari rakyat kpd rakyat lebih pantas terutama menghulurkan bekalan makanan.
Bila jadi YB bukan anda patut menjadi kaya raya. Rakyat bayar cukai bukan suruh ambil duit cukai makan komisen beli Velfire. We vote you to work for rakyat. That why it is called wakil rakyat...bukan wakil anak bini, adik beradik dan kawan2.
Hari ini dikhabar ada 7 kematian.. wallhuallam. Ia sgt menyedihkan. Ada yg kelaparan, ada yg bermalam di atas bumbung, ada yg menumpang rumah2 jiran tanpa membawa sehelai baju pun utk salinan.
Saya ada melihat klip video puluhan penduduk memecah pintu SpeedMart utk mengambil bekalan makanan. Ia sgt menyedihkan kerana sudah pasti tindakan demikian dilakukan kerana mereka sudah terputus bekalan makanan.
Saya difahamkan ada 35 bantuan di Shah di Tm Sri Muda. Dari jumlah tersebut hanya 3 bot dari Kerajaan Perseketuan... Jika benar ia sgt memalukan. Malah Shah Alam itu kawasan bandar... hanya 20km daripada pusat pentadbiran.
Saya mengucapkan tahniah kpd rakyat dan NGO2 yg kini ramai turun membantu penduduk2 di Shah Alam. Rakyat jaga rakyat.