MENJELANG PILIHANRAYA MELAKA - JUAI BALIK NAMA ADIB- DAH TAK ADA IDEA BARU ATAU MEMANG TAK PANDAI PERIINTAH ?

 Menjelang hari pengundian PRN Melaka, kerajaan umum Jawatankuasa Khas siasat kes Adib


Menjelang hari pengundian PRN Melaka, kerajaan umum Jawatankuasa Khas siasat kes Adib



Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya dapat dibuat terhadap kes kematian anggota bomba tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keahlian pasukan petugas khas tersebut terdiri daripada beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan.

“Dua lagi Menteri Kabinet ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim; Pakar Perunding Kanan Patologi Forensik Kolej Perubatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh Jeswant Singh dan Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga Pakar Perunding Kanan Histopathologist Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Datuk Dr. Looi Lai Meng,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Utusan.

Keahlian yang lain ialah bekas Profesor Madya Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Sundramoorthy M. Pathmanathan yang juga pengamal undang-undang serta kaji jenayah; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Azari Abd. Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM, Senior Asisten Komisioner Mohammad Abd. Hamid.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi jawatankuasa khas ini.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh 6 bulan,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan.

No comments: