MANA SUARA HADI AWANG ? LEPAS DAPAT TAN SRI- NAMA ARAK KEKAL TIMAH . HADI AWANG DAN PIMPINAN PAS JANGAN TIDUR.

 

Panas! Kabinet setuju nama arak Timah kekal, Menteri Pas bersubahat


Panas! Kabinet setuju nama arak Timah kekal, Menteri Pas bersubahat



Kerajaan bersetuju membenarkan arak keluaran tempatan, Timah mengekalkan namanya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi.

Bagaimanapun, pengeluar arak itu, Winepak Corporation Sdn Bhd dikehendaki menyertakan label tambahan pada botolnya bagi menjelaskan nama Timah merujuk kepada bijih timah dan bukannya menyerupai nama sesiapa, menurut laporan Sin Chew Daily.

“Saya berjumpa dengan pengeluar alkohol terbabit dan berbincang mengenai cara menyelesaikan isu ini.

“Saya kemudian membentangkan cadangan syarikat itu kepada Kabinet dan Kabinet bersetuju dengannya,” kata Alexander.

Justeru, Ahli Parlimen Kapit itu berharap kontroversi mengenai jenama arak Timah dapat dihentikan.

“Saya telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi FMT, Pengarah Winepak Kenny Yeo mengesahkan perkara berkenaan sambil menambah ia dipersetujui ketika mesyuarat Kabinet minggu ini.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut.

Pada Oktober, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS berkata, Kabinet membuat keputusan bahawa sebarang pengeluaran minuman keras di negara ini tidak boleh menimbulkan “keresahan rakyat” dalam konteks bangsa atau agama.

Menurut Tuan Ibrahim, keputusan itu dicapai kerajaan berdasarkan usaha dilakukan PAS dalam menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan nama Timah oleh pengeluar arak berkenaan.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan Alexander apabila beliau menjelaskan Kabinet belum membuat sebarang keputusan berhubung kontroversi berkenaan.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan label atau nama Timah pada botol arak berkenaan ditukar kepada “Kapten Speedy” selepas jenama arak buatan Malaysia itu tular di media sosial. Pandangan itu turut dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Pengkritik mendakwa, imej Kapten Speedy pada label arak berkenaan menyerupai lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala, seolah-olah lelaki Islam memakai kopiah.

Warganet turut mempersoalkan nama Timah yang dikatakan ringkasan bagi nama Fatimah, anak kepada Nabi Muhammad.

Pengurusan Winepak dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa kekeliruan di sebalik penggunaan nama Timah bagi arak keluaran mereka.

Katanya, nama jenama itu merujuk kepada logam timah bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.

Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.

Akhir bulan lalu, Winepak bersetuju mempertimbangkan untuk menukar imej pada botol yang didakwa pengkritik sebagai menghina atau mengelirukan umat Islam.

Alexander kemudian dilaporkan berkata, persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat antara kementerian dengan wakil Winepak serta pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

“Melalui perbincangan itu, Winepak telah meminta selama seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarahnya untuk menukar nama dan imej jenama pada label wiski,” katanya.

Mesyuarat itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Idris dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.

No comments: