KKM PERLU PERJELASKAN KEPADA RAKYAT KEADAAN SEBENAR BERKAIT KANAK-KANAK DIJANGKITI COVID-19

 

RAKYAT tidak mempunyai Parlimen utk ditanyakan melalui Wakil Rakyat (MP). Apa yg kita mampu buat ialah bertanya dalam SocMed.

LIHAT Video Pertama yg sudah TULAR di SocMed. Brader ni kelihatan enggan serahkan anak dia yg dia YAKIN sudah sihat. Ia tidak mustahil kerana terdapat ramai pesakit COVID-19 sembuh dengan Immune System sendiri yg baik.

TAPI...apa pula STATUS jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak?? KKM perlu "EDUCATE" atau mendidik Rakyat tentang data ini. Rakyat perlu tahu. Adakah kanak-kanak akan mengalami komplikasi atau mereka belum cukup matang dan TIADA Ace-RECEPTOR yg lengkap utk menerima Protein SPIKE Virus COVID-19. Mungkinkah mereka hanya punya simptom ringan shj seperti kajian di Amerika yg menunjukkan 40% kanak-kanak dijangkiti tidak punya simptom ketara dan sembuh? Byk persoalan yg timbul.

Agak menghairankan, ramai di kalangan kanak-kanak di Amerika yg dijangkiti Influenza, direkodkan sebagai COVID-19. Ia menjadi pertikaian data di sana. Apapun...ia perlu diperjelaskan oleh KKM dalam konteks yg berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia. Rakyat perlu ilmu dan data yg disampaikan utk faham semua hal jangkitan itu.

Kita boleh faham betapa bimbangnya brader ni nak lepaskan anak dia sedangkan isteri dia bertarung nyawa di ICU. Jika KKM tidak jelaskan hal ini, Rakyat akan merasa sangat bimbang dengan keselamatan keluarga terutama anak-anak kecil.

KKM perlu tumpukan juga perhatian kpd mendidik Rakyat tentang apa yg perlu dibuat bukan shj utk mencegah tapi juga langkah awal jika dijangkiti COVID-19. Jangan biar Rakyat terpinga-pinga dan bimbang kerana tidak faham apa yg sepatutnya dilakukan sendiri sementara menunggu pihak KKM.

Kes brader ni salah satu contoh. Kebimbangan dia berasas kerana TIADA penjelasan tuntas yg anak dia perlu dibawa ke hospital walaupun sudah sihat? Ada yg mengadu mereka lambat diambil ke hospital mungkin sebab wad sudah penuh. Tapi KKM perlu tenangkan Rakyat dan jelaskan kenapa ia berlaku. Apa sebenarnya ketahanan kanak-kanak menghadapi COVID-19? Cuba tonton Video 2 dan 3. Kita akan tertanya-tanya.

Kita simpati dengan kakitangan KKM dan Frontliner yg semestinya sudah "over worked" dan keletihan. Tapi apa yg pihak KERAjaan yg Clueless, Hopeless, Useless and Brainless ni buat utk membantu KKM selesaikan masalah seperti ini? Seperti kata DSAI ini soal perancangan #KERAjaanPNGagal.

Rakyat jadi keliru dengan maklumat yg tidak sampai atau tidak dipastikan sampai oleh KERAjaan ini. Yg sering tersiar dan sampai setiap hari kpd Rakyat ialah angka2 jangkitan dan kematian yg membimbangkan rakyat. Apa ni?

Parlimen seharusnya dibuka utk MP membincangkan permasalahan Rakyat termasuklah pandemik COVID-19 ini yg sangat memberi kesan nEgatif terhadap kehidupan Rakyat. Enggan membenarkan Wakil Rakyat bertanya dan berbahas di Parlimen telah membawa bencana yg sgt besar kpd Rakyat dalam suasana ekonomi pandemik ini.

Wallahualam.

- Zus Din

06 June 2021

#KERAjaanPNGagal

#PNGAGAL

#KPKLetakJawatan

 

No comments: