Sekiranya kerajaan PN runtuh, Pas parti paling rugi

 


Sekiranya kerajaan PN runtuh, Pas parti paling rugi

Pas sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional akan menjadi sebuah parti paling rugi apabila kedudukan kerajaan hari ini goyang dan menanti runtuh.

Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Hisyamudin Ghazali Pas kini dilihat seolah-olah ‘makan dua kolam’ iaitu kolam Muafakat Nasional bersama Umno dan kolam Perikatan Nasional dengan Bersatu.

Ini berikutan kenyataan tegas PAS yang dikeluarkan Setiausahanya Datuk Takiyuddin Hassan yang bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

Berdasarkan kenyataan itu, Hisyamuddin yakin pada PRU15 nanti Muafakat Nasional akan berpecah menyebabkan Pas akan bersendirian apatah lagi Bersatu pula akan hilang kerajaan.

“PRU15 Muafakat Nasional pecah balik, Pas kontang kanting. Bersatu akan jadi parti paling tidak sinigikan di Malaysia kerana BN tolak mereka, PH juga menolak mereka,” katanya.

Ketika itu, tambahnya Bersatu akan kenal siapa Pas dalam masa yang sama Pas tidak akan memberi sebarang kerusi kepada Bersatu sebagaimana mereka lakukan kepada Umno di Kelantan.

“Kita sama-sama doakan Kerajaan Pakatan Harapan 2.0 (atau nama baru) dapat di bentuk dengan kadar segera.

“Sama-sama buat solat Hajat, agar mandat yang diberikan kepada rakyat boleh dapat semula. Amen.” tulis beliau melalui facebooknya.

Melihat ketidaksepakatan yang berlaku di dalam Perikatan Nasional Pas menyeru rakan-rakan politik terutama di pihak Kerajaan agar terus berlapang dada, bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.


No comments: