KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT ADALAH JALAN PENYELESAIAN KEMELUT POLITIK NEGARA SEKARANG - MUHYIDDIN WAJIB LETAK JAWATAN SEKARANG


Kenapa kecuh pasal nak buat usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin?  Sebab, kita ada PM yang jadi PM secara khianat mandat rakyat, bina kerajaan tanpa mandat rakyat, masih tamak dan rakus mahu jadi PM walaupun satu  dunia tahu dia kini telah hilang majoriti.  


Tugas kita adalah kembali kepada yang hak.  Hak rakyat wajib dipulangkan dengan apa cara sekalipun.  Rakyat yang percaya bahawa Muhyiddin ini pengkhianat dan telah hilang sokongan mestilah setiap saat mendesak agar dia letak jawatan segera.  Krisis kepimpinan negara di waktu covid melanda sekarang ini boleh sahaja diselesaikan jika PM bertanggungjawab dan simpati kepada rakyat yang tengah menderita akibat kesan ekonomi yang teruk ditambah pula dengan ancaman Covid.  PM, Muhyiddin boleh tebus kembali kesalahannya kepada rakyat dengan cara meletakkan jawatan segera dan memberikan sokongan kepada yang hak, iaitu mandat rakyat pada PRU14 yang lalu dengan menyokong DSAI sebagai PM kerana itulah kehendak rakyat setelah Mahathir letak jawatan.  


Usah peduli kisah Mahathir merancang sesuatu.  Kita telah lali dengan perangai Mahathir yang mungkin ada masalah pada saraf otak atau hatinya yang semakin membusuk.  Usah peduli kisah Ku Li yang sedang diperbodohkan oleh Mahathir hanya untuk menyekat Anwar.  Pencatur-pencatur politik jahat ini tidak pernah fikir masalah rakyat.  Mereka rampas kuasa tanpa melalui pilihanraya, kemudian gagal urus negara dengan baik, dan sekarang mereka berusaha untuk menggilirkan kuasa yang dirampas dari rakyat itu.


Anwar adalah penyelamat rakyat.  Anwar adalah pilihan rakyat melalui PRU14 yang lalu.  Rakyat yang mengundi PH pada PRU14 yang lalu sedar bahawa selepas Mahathir, Anwar adalah PM.  Maka, rakyat undi PH.  Apabila Muhyiddin dan Azmin khianat dan belot kepada PH, Mahathir pula merestuinya dengan memberikan ruang dan jalan mudah kepada pengkhianat-pengkhianat ini dengan meletakkan jawatan secara diam-diam, maka inilah punca kegagalan menunaikan mandat rakyat untuk mengangkat Anwar sebagai PM.  


Sebab itu, menjadi kewajipan kepada sesiapa pun yang ada maruah dan jati diri untuk kembalikan hak kepada yang berhak.  Hak rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat.  Kerajaan di bawah PH mestilah diserahkan kembali kepada rakyat.  Merampas hak orang lain adalah haram, tidak kiralah sebesar mana serban jubah kamu.  


KAMI SOKONG ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM KERANA BELIAU MEMBAWA MANDAT RAKYAT DAN PENYELAMAT KEMELUT POLITIK DAN EKONOMI YANG MELANDA NEGARA SEKARANG. 


MUHYIDDIN, JIKA ADA MARUAH DAN JATI DIRI, SILA LETAK JAWATAN SEKARANG.  


WFAUZDIN NS