16 HUJAH MENJAWAB MENJAWAB FITNAH KONONNYA DARI TUN HANIFF OMAR

 

Banyak hampas yang tidak bernilai berita dikisar dan diedar merata tempat untuk menjatuhkan imej DSAI. Salah-satunya ialah kononnya tulisan dari Tun Hanif Omar. Kawan baik saya telah menghubungi Tun dan Tun menafikannya.

Apabila ditelusuri ianya ditulis oleh seorang blogger Umno yang memang benci kepada DSAI. Blogger ini ketinggalan zaman kerana pimpinan kanan Umno sudah menyokong DSAI untuk menjadi PM menggantikan TSMY.

Namun begitu fitnah itu perlu dijawab satu persatu.

1. Tuduhan bahawa kawan-kawan lama DSAI seperti Ismail Mina, Sidek Baba/SB dan Yusri telah meninggalkan DSAI. Ini perkara biasa dalam gerakan Islam. Ia dipanggil oleh *Fathi Yakan tokoh gerakan Islam terkenal Lubnan sebagai orang yang *“ jatuh di tengah jalan”.* atau *Mutasaqitun*

2. Dalam Gerakan Islam terkenal seperti Ikhwan dan Jamaat Islami ada tokoh-tokoh seperti Timbalan Amir atau Setiausaha Agung yang meninggalkan jemaah kerana tarikan kilauan tawaran daripada pihak pemerintah.

3. Timbalan kepada Asy Syahid Hassan al Banna meninggalkan jemaah untuk menjadi menteri awqaf. Timbalan kepada Syeikh Maududi juga meninggalkan Jamaat Islam. Begitu juga yang terbaru di Mesir tokoh penting Ikhwan yang menjadi jurucakap Ikhwan di Barat telah menyeberang ke sebelah As-Sisi.

4. Setakat Ismail Mina yang tak pernah pegang apa-apa jawatan dalam ABIM – cuma kawan baik DSAI semasa di Universiti Malaya, tidak lah pelik sangat. Berkenaan Dr. Sidek Baba dan Dr. Yusri, tak payahlah kita aibkan mereka di sini. Banyak yang boleh diceritakan!

5. Penulis juga cuba membangkitkan suatu isu yang beliau tidak reti apa pun dan naif iaitu pluralisme agama (religious pluralism – RP) yang kononnya DSAI terlibat. RP di Barat ini dilihat dari 2 perspektif: sosiologi/sains politik dan pengajian agama (khusus christianity). Dari sudut sosiologi ia bermaksud ‘religious diversity’ – kepelbagaian agama. Ini tiada masalah dan Islam pun terima hakikat ini. Keduanya dari perspektif pengajian agama dan ia merupa subjek penting di kalangan ‘Christian scholars’.

6. Di kalangan mereka pula berpecah dua: satu mengatakan boleh diterima akan kewujudan religious pluralism tapi yang betul hanya agama Kristian.

7. Satu lagi didokongi oleh John Hicks, bekas profesor agama di Universiti Birmingham. Beliau mengatakan semua agama sama sahaja dan agama Kristian tidak lebih daripada agama lain. Tindakannya itu cukup ‘revolutionary’ ketika itu kerana sarjana-sarjana Kristian lain rata-ratanya merasakan Kristian sahaja yang betul.

8. Hujah John Hicks adalah meyakinkan, dan kerana itu Kerajaan Britain mengambil keputusan membenarkan sembelihan dan pengedaran daging halal di United Kingdom akhir tahun 1960an. Org Islam di UK cukup berterima kasih kepada Prof Hicks ini walaupun org Islam itu tetap yakin bahawa Islam sahaja agama yang diredhai Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

9. DSAI membincangkan ‘religious pluralism’ dalam konteks perdebatan John Hicks dgn sarjana-sarjana lain yang menggoncangkan seluruh premis kekuatan pengakuan/klaim agama Kristian. Memang DSAI mengambil pandangan terbuka John Hicks sebagai positif (dan menguntungkan masyarakat Islam di Barat apabila Islam juga mulai diakui sah) itu, tetapi dalam penjelasannya kepada kawan-kawan senior ABIM, beliau sekalipun tidak berniat mengatakan Islam itu sama sahaja dan agama-agama lain. Jadi, kalau nak quote, jangan quote di luar konteks. *Itu ‘intellectual dishonesty’ dan satu penipuan yang nyata.*

10. Bab DSAI dan DAP juga sengaja diputar-belitkan. Tidakkah Ku Li tahun 1980an dahulu membuat pakatan seperti PH di mana Semangat 46 bergabung dengan DAP untuk membentuk kerajaan, tapi kecundang dalam pilihan raya ketika itu.

11. Begitu juga dalam PRU 14, *DSAI berada dalam penjara tetapi yang mengetuai perundingan dengn semua parti dalam PH (termasuk DAP) ialah Tun M dan TSMY.* Kenapa tindakan mereka ini tak pernah diungkit? Yang diungkit ialah kononnya DSAI bersekongkol dengan DAP dan menjadi ‘tali barut DAP.’

12. Dalam PRU 1999 dulu – DAP, KeADILan dan PAS pun pernah bergabung dalam Barisan Alternatif. *Tidak ada siapa yang menyerang PAS/Ustaz Fadzil Noor ketika itu. DAP dulu dan sekarang serupa sahaja, hakikatnya dipimpin oleh Lim Kit Siang!* Dan orang lupa siapa yang mendapat projek raksasa di Pulau Pinang sehingga LGE dihadapkan ke mahkamah, kerana tuduhan rasuah daripada projek itu. Nazri Aziz lah yang berunding dgn LGE sehingga projek berbilion itu diperolehinya!

13. Akhir sekali tuduhan “Anwar berkawan (oleh yang demikian talibarut) Barat.” Mereka ini lupa Anwar ini pernah menjadi orang besar Malaysia (TPM), jadi takkan dia tak berjumpa dan berkawan dgn orang-orang besar/hebat dalam bidang politik, bisnes, korporat dsb nya.

14. Ada yang berkenalan begitu-begitu sahaja, dan ada yang menjadi kawan rapat. Ini lumrah manusia. Tak kisah orang itu dari Barat, Timur dsb nya. Memang Anwar berkawan dengan semua orang. Tapi kenapa disebut nama-nama di Barat sahaja?

15. Kawan-kawan baiknya termasuk Joseph Estrada dulu Presiden Filipina, Pak Suharto (seperti bapanya) dan Pak BJ Habibie (seperti abangnya sendiri), Manmohan Singh bekas PM india, PM Kanada dan Australia.

Ingat tak Margaret Thatcher yang cukup mgkagumi Anwar bila dia berkata, “…kalau dia ini (Anwar) seperti pemain bola professional, semua negara akan membelinya untuk menjadi menteri kewangan mereka!”.

16. Ketika Anwar menjadi Menteri Pendidikan (masih muda ketika itu), dia menang dalam pimilihan menjadi Presiden Unesco kerana para Menteri Pendidikan dari seluruh dunia adalah kawan-kawan sezaman dalam pergerakan belia khususnya World Assembly of Youth (WAY) yang mana *Anwar adalah anggota Jawatankuasanya. Itulah hebatnya Anwar. Cukup disayangi oleh Syeikh Dr. Yusoff al Qaradawi dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.*

Kalau nak attack dan nak berbohong tentang Anwar, buatlah homework terlebih dahulu, jangan hentam kromo sahaja. *Nampak sangat tulisan picisan walaupun mencuri nama Tun Hanif Omar.*

*#AnwarPM9*

*#apakhabaranwar?*

*I S L A H M E D I A*