Thailand, Vietnam, Singapura negara ASEAN terbaik tangani Covid 19
Kredit: Ipohmali
Petang ni Muhyidin buat Drama lagi.. Nak umumkan sambung atau tidak PKPB pun nak umum macam nak umum Belanjawan, Vietnam dan Thailand biarpun sudah capai angka Sifar sejak April dan mei.. depa masih menyambung kawalan atau meneruskan PKPB sehingga hujung Jun…
Dia Asia Tenggara, Negara terbaik tangani COVID-19 adalah Vietnam, Thailand dan Singapore.. Setiap Negara ini ada kelebihan tersendiri.. Negara seperti Thailand dan Vietnam sudah capai angka Sifar sejak pertengahan April dan awal Mei.. Ini antara turutan Negara Terbaik tangani COVID-19..
1- VIETNAM
Kalau Ikut data, Vietnam mempunyai 90 juta Penduduk, Vietnam juga negara pelancongan..Kes yang dicatatkan 329 kes, yang pulih sudah 300..maknanya hanya tingga 30 kes. Kematian yang dicatatkan Zero..
2- THAILAND
Di Thailand, Rakyat 60 juta lebih.. Thailand adalah syurga Pelancong..kes dicatatkan 3,104 tapi yang pulih
2,971, ini bermakna kes yang tinggal tak sampai 130 kes.. Kematian yang dicatatkan 59 orang..
2,971, ini bermakna kes yang tinggal tak sampai 130 kes.. Kematian yang dicatatkan 59 orang..
3- SINGAPURA
Singapura Negara yang awal tidak laksanakan MCO, penutupan pintu sempadan sehingga awal pertengahan April.. Negara yang buat ujian secara besar besar kepada semua Pekerja Asing mereka.. Kes Dicatatkan sehingga semalam 37 ribu kes, yang Pulih 24 ribu..
Di Singapura jumlah kematiand dari 37 ribu kes hanya 25 orang setakat semalam, dari 37 ribu.. hanya tak sampai 10 % melibatkan Rakyatnya.. Jangkita bukan sebab kes yang di Import..tetapi jangkitan dalam Dormitori sebagaimana jangkitan di Depot Tahanan Imigeresen di Malaysia, Atas faktor sesak dan sempit..
4- MALAYSIA
Malaysia mencatatkan setakat 6 Mei adalah 8303 Kes, Yang Pulih sekitar 6635, berbaki hampir 1700 kes..Mencatatkan 117 kematian.. Boleh dikatakan KKM juga cemerlang menangani COVID-19.. cuma kita direncatkan dengan kesilapan Kerajaan terutama Ismail sabri meletakkan PATI dikawasan PKPD di Depo Tahanan Imigresen membuatkan kes Bertambah..
Kalau tidak kerana kes Tabligh, Atau ujian dan saringan dibuat secara besar besar sejak awal..Mungkin kita Negara Terbaik di Asia tenggara..Pada Gelombang Pertama Kita Negara terbaik di rantau Asia tangani COVID-19..
Soal Terbaik atau tidak sesuatu negara itu Tangani COVID-19, Bukan soal berapa jumlah kes dicatatkan ,berapa jumlah Kematian..Korea Selatan lebih awal mencatatkan Kes yang tinggi..tapi diiktiraf negara terbaik tangani COVID-19.. Kejayaan mereka diukur bagaimana mereka berjaya mengimbangi kesan Pandemik Covid-19 dan Ekonomi secara serentak..
Disinilah Negara Korea dan Taiwan antara Negara Terbaik Menangani wabak Pandemik , bukan hanya tidak melaksanakan MCO, tetapi tidak menutup Ekonomi Mereka.. Malangnya Kita gagal mengikut jejak Korea Selatan dan Taiwan yang dapat tangani Wabak Pandemik dengan Baik dari Sudut Ekonomi.. Mereka tidak Panik..
Bayangkan suatu ketika Kita hanya catatkan 22 Kes, 22 kes sembuh dan 11 hari tanpa kes baru..tapi fakta itu hanya tinggal sejarah, Bila mana lebih 15 hari Malaysia tanpa Kerajaan.. Pintu kawalan Negara tidak dikawal dengan baik..
Jadi Bila ada Blogger cabuk Upahan tiba tiba muncul dengan cerita Tahyul Malaysia negara terbaik di Asia, bagi aku sebagai yang mengaku Doktor, Profesional.. Pandangannya agak bodoh bilamana fakta di Vietnam, Thailand hatta Singapura jauh lebih baik dari Kita.. fakta nya jelas..
Tapi biasa lah.. Memang kerja Perunding Kerajaan tebuk atap menaikkan semangat Patriotik ,bermain dengan sentimen untuk nampak PM Tebuk Atap ini hebat.. walhal Vietnam dan Thailand sudah lama capai angka sifar.. Depa mahu rakyat bergantung dan fokuskan ke kaca TV untuk programkan pemikiran rakyat..
Di Malaysia depa cuba wujudkan ketakutan, Menggunakan kuasa, lalu membentuk dan mengolah Ketakutan rakyat melalui Sidang media.. Seolah olah Negara lain sudah hancur lebur akibat Covid seperti Italy, Eropah dan US.. Hanya Rakyat Malaysia sahaja hidup walaupun dalam keadaan melarat hilang sumber pendapatan dan Ekonomi…
Ini yang disebut Facebookers terkenal Nasdaily..kebanyakan negara menggunakan Kuasa dan merompak kuasa dan kekayaan negara ketika waktu2 gelap ini.. Selepas itu depa takutkan kita dengan Pekerja Asing..PATI.. Rohingya … Menyebarkan Xenpphobia dikalangan rakyat..ini cara dibuat Trump dulu. hari ini Allah balas dari peristiwa kematian Georgh Floyds..
Kita Beruntung sebab , Ketika Wabak kita ada watak hero seperti Dr Nor Hisham yang berada dibarisan hadapan Negara.. Bagi aku Ketua Pengarah kesihatan terbaik di Asia..Dr Noorhisham terbaik berbanding Vietnam dan Singapura..
Kalau harapkan Kerajaan tebuk Atap.. atau seorang Menteri dan 2 Timbalan Menteri Kesihatan, Tidak ada seorang pun mampu menggantikan Dr Noor Hisham mengetuai Sidang Media biarpun Dr Noor Hisham hanya bercuti untuk sehari.. Itulah Standard Kerajaan Tebuk Atap yang punya seorang Menteri dan 2 Timbalan Menteri Kesihatan.
Malangnya kita ..dikala kita mampu muncul menjadi Negara Terbaik tetapi dirosakkan dengan kemunculan Kerajaan tebuk Atap.. 🙂