𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗗𝗶𝗿𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻



▶️ Tun Mahathir dan Bersatu:-
Kehilangan Jawatan PM
Hilang Negeri Kedah
Hilang Negeri Perak
Hilang Negeri Johor
Hilang 6 Jawatan Menteri Penuh
Kehilangan Parti
Tinggal 6 Ahli Parlimen

▶️ Anwar Ibrahim dan PKR:-
Kehilangan Jawatan 1 TPM dan 3 Menteri Penuh
Masih ada Selangor
Masih ada Negeri Sembilan
Masih Presiden Parti
Masih Dinamakan oleh PH sebagai Perdana Menteri

Dari fakta ini, dapat kita lihat kenapa DSAI begitu tenang dan tidak tergesa-gesa. DSAI boleh saja memberi tumpuan untuk membina kekuatan parti dalam usaha menyantuni rakyat dengan saki-baki 'resources' yang ada.

Tetapi sentiasa dalam ingatan bahawa kejayaan lalu terbentuk dengan sokongan dan kerjasama semua parti. Justeru itu DSAI acap kali mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan Pakatan Harapan dalam membuat setiap keputusan, dan tindakan politik harus berasaskan konsensus.

Peluang untuk mengambil semula #MandatRakyat yang dikhianati itu wajar mendapat pertimbangan yang serius, namun kekhilafan dalam membuat keputusan terdahulu haruslah menjadi pedoman agar agenda Reformasi yang dicitakan tidak tersasar lagi. Tempoh 22 bulan yang agak regressif dan destruktif pada penghujungnya harus jadi pengajaran.

Sebelum kita berbicara dalam soal pertembungan DSAI dan Tun di mutakhir ini, eloklah kita renungkan semula fakta di atas. Fikirlah dengan hati yang terbuka, frankly speaking, siapakah di antara mereka yang lebih layak untuk 'demand' dan siapakah yang kali ini harus beri laluan?

Adakah sikap sabar tahap dewa yang dimiliki DSAI selama ini menjadikan beliau sentiasa perlu tunduk beralah? Tidak kali ini. DSAI juga manusia biasa, bukan dewa walaupun kesabarannya kadangkala bertahap dewa.

Tun sudah dua kali menjadi Perdana Menteri untuk tempoh 24 tahun, itulah giliran dan peluang Tun. DSAI juga akan ada giliran dan peluangnya nanti, sekiranya rakyat Malaysia mempunyai rezeki dan bertuah. InshaAllah.

𝘌𝘥𝘺 𝘕𝘰𝘰𝘳 𝘙𝘦𝘥𝘶𝘢𝘯
𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘉𝘭𝘰𝘨𝘨𝘦𝘳
7 𝘑𝘶𝘯 2020

No comments: