Ulama akhirat tak kafir mengkafir….?
Kita tak sokong PAS, wala’un tuduh kita lawan ulamak…. Ada nasi tambah lagi, kalau tak ada ulamak, kita nak solat pun tak reti… baca fatihah pun tak betul.
Aku tanya wala’un tu balik, dulu mu belajar baca fatihah dengan ulamak mana…? Mu belajar solat dengan ulamak mana…?
Siapa ulamak mu…? Haji Hadi….? Hey, aku orang Marang, pengundi Dun Rhu Rendang…. Bukan ulamak PAS pun yang ajar aku sembahyang, bukan ulamak PAS yang ajar aku ngaji Qur’an…. Ulamak PAS bukan ulamak Islam, tapi cuma ulamak politik.
Ulamak Islam berperanan menyampaikan ilmu Qur’an dan Hadis kepada umat Islam…. Ulamak Islam ialah tempat orang awam datang untuk bertanyakan hukum agama atau meminta fatwa….. Ulamak politik berceramah nak suruh orang sokong dia jadi wakil rakyat…. Itu je…. Segala dalil dan fatwa dari ulamak politik semuanya untuk kepentingan politik dia saja.
Ini yang wala’un PAS kena paham…. Kita kena pisahkan antara urusan agama dan urusan politik…. Kerana Islam ini adalah agama wahyu, sedangkan politik ini adalah urusan keduniaan…. Nabi SAW dan para sahabat radhiallahu ‘anhum, serta tabi’in; mereka tak kenal politik demokrasi pilihanraya dun parlimen seperti politik kita sekarang…. Macam mana ulamak PAS boleh kata politik ini urusan agama…?
Baik, Ali berperang dengan Mu’awiyah….. Kerana apa…? Kerana politik….. Kalau urusan politik itu juga adalah urusan agama, kalau tak boleh dipisahkan antara politik dan agama, ketika Ali berperang dengan Mu’awiyah, siapakah yang Islam siapakah yang terkeluar dari Islam…?
Ketika itu masih ramai Sahabat Nabi yang masih hidup…. Sa’ad bin Abi Waqqas hidup lagi masa tu… Abu Musa Asy’ari, Sa’id bin Zaid, Hakim bin Hizam, dan lain-lain, mereka masih hidup ketika puak Ali berperang dengan puak Mu’awiyah….. tetapi tidak ada seorang pun yang mengatakan Ali atau Mu’awiyah kafir…. Sebab apa…? Sebab mereka berperang kerana politik, bukan kerana agama…. Ali dan Mu’awiyah, kedua-dua dijamin syurga, pun boleh berbalah kerana politik.
Apa besar sangat ke ulamak PAS sampai rakyat wajib kena sokong kalau tak sokong jadi kapir…? Setakat Haji Hadi tu, kalau nak banding dengan Ali atau Mu’awiyah, air tapak kaki pun takdok, jauh macam langit dengan bumi.
Abe..