Putuskan segera tarikh peralihan kuasa elak ketegangan politik
Ketegangan politik antara penyokong pro Tun Mahathir dan pro Anwar Ibrahim hanya boleh diselesaikan sekiranya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersidang dan menetapkan tarikh peralihan kuasa.
Pemimpin kebangsaan DAP, Ronnie Liu berkata, selagi tarikh tidak ditetapkan maka negara akan terus berada dalam ketidakpastian dan menggugat ekonomi.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu, hanya Anwar yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan PH. Oleh yang demikian, katanya, Anwar mesti mengambil-alih jawatan PM pada bulan Mei ini.
“Tidak perlu ada tolak-menolak dalam isu tarikh. Ini semua telah menyebabkan negara Malaysia dibelenggu ketidakpastian dan kegusaran dalam hati rakyat. Isu tarikh wajar diputuskan sekarang juga,” katanya.
Selain itu, rakyat turut tidak senang dengan tularnya gambar pertemuan di meja makan antara Tun Mahathir dan Presiden Pas Hj Hadi Awang di kediaman PM itu.
“Kita tidak tahu tujuan sebenar perjumpaan itu diadakan tetapi yang penting disini ialah Majlis Presiden PH terlalu lembab dan tidak berani mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh untuk Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.
“Segala percaturan politik yang sedang berlaku pada masa kini ialah kerana tarikh peralihan-kuasa belum ditetapkan.
“Semua pihak yang berniat baik dalam koalisi PH wajib ingat bahawa dalam masa seminggu sahaja Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah ditumbangkan pada hujung Januari 2009. Masa itu Menteri Besar Perak ialah Nizar Jamaluddin,” katanya yang merupakan penyokong tegar DAP yang mahu dikenali sebagai Choy, berusia 81 tahun.
Katanya, para pemimpin DAP harus memberanikan diri untuk menyuarakan tarikh peralihan kjuasa dan tidak sepatutnya terus mendiamkan diri dan mengecewakan ramai penyokong setia parti itu.
“Saya juga berpandangan bahawa Anwar Ibrahim sebagai PM adalah lebih sesuai semasa negara kita menjadi tuanrumah APEC (Asia-Pacific Economi Congress) pada bulan November nanti sebab Anwar adalah seorang pemimpin yang bijak dan arif dalam selok-belok bidang diplomatik. Beliau tentu akan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia. Justeru itu, tidak perlu tunggu Tun Dr. Mahathir letak jawatan selepas APEC,” tambah Uncle Choy.