KERAJAAN TELAH BERTINDAK.HENTIKAN SEBAR BERITA PALSU



Kerajaan telah mengambil tindakan segera menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan medianya petang ini.
Tindakan ini bagi mencegah penularan virus Corona yang sehingga ini telah mengakibatkan 81 kematian di China daripada kemungkinan terus merebak dan mengancam nyawa rakyat negara ini.
Walaupun virus Corona adalah sangat merbahaya, virus berita palsu berkaitan Corona adalah jauh lebih bahaya dan mengancam negara.
Dalam hal ini kerajaan sebenarnya telah mengambil tindakan yang tepat dan wajar dan ia bukanlah sesuatu yang terlewat.
Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu bersama kerajaan menangani wabak ini dan tidak cuba mengambil kesempatan atau ingin meraih laba politik daripadanya. (ShahbudinHusin 27/01/2020)