Subsidi petrol sehingga RM360 setahun mulai 2020
Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata program itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal.
“Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan.
“Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya di Putrajaya.
Tambahnya, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.
Berdasarkan perkiraan pemilik motosikal bakal memperoleh RM114 setahun, manakala pemilik kereta RM360.
Dijangka seramai 2.9 juta bakal menerima manfaat daripada program subsidi tersebut, katanya.
Sementara itu tambahnya, harga RON95 akan dikekalkan pada kadar RM1.08 sehingga 31 Disember depan.
Namun bermula tahun 2020 ia akan diapungkan secara berperingkat setara harga pasaran. – RF8 Media