ULASAN DARI SEORANG PEGUAM TERKENAL TENTANG KES VIDEO SEMBURIT




OLEH: Wfaudzin Ns


Point nya adalah:
1. Video disahkan tulen, tetapi KPN menyatakan bahawa si "A" individu yg dikatakan terlibat di dalam video tersebut gagal dikenalpasti (negatif), ini bukan bermakna Polis mengesahkan si "A" tidak terlibat tetapi ujian menyatakan tidak dikenalpasti sesiapa di dalam video berkenaan. Maka, biarkan polis terus menyiasat video berkenaan.


2. Samada ianya konspirasi politik atau tidak, sekiranya dikenalpasti si pelakunya melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang  itu, tidak kira setinggi mana pun jawatannya, maka wajib dikenakan tindakan undang-undang kerana ini merupakan kes jenayah.

3. Bukti ujian ketulenan video yang dibuat oleh pihak lain, samada di Indonesia atau mana-mana tempat, tidak memaksa pihak Polis menggunapakai hasil ujian berkenaan kerana pihak Polis boleh menggunakan kaedah mereka dan ujian mereka tersendiri bagi menyiasat kes video ini. Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, sidituduh dan pendakwa boleh membawa apa jua hasil ujian terhadap video berkenaan untuk memperkuatkan keterangan dan hujah masing-masing.

4. Haziq mengaku dia terlibat di dalam video berkenaan dan beliau menuduh Azmin juga bersamanya. Manakala Azmin menafikannya dan menuduh itu satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Untuk berlaku adil, pihak Polis hendaklah menyiasat kedua-dua aduan ini iaitu kes melakukan hubungan terlarang itu (yang didakwa oleh Haziq), dan kes "konspirasi politik jahat" (yang didakwa oleh Azmin). Apakah kejadian itu benar-benar  berlaku atau adakah ianya berlaku tetapi bukan melibatkan si "A" yang dituduh oleh Haziq?

5. Apa pun, mereka yang mengedar video lucah itu tetap bersalah dari segi undang-undang, namun mereka mungkin boleh membela diri untuk menyatakan bahawa mereka mengedar video berkenaan adalah untuk mendedahkan keburukan perangai seseorang yang mereka anggap pemimpin yang tidak sepatutnya didiamkan perbuatan jijik mereka. Hanya mahkamah boleh menentukan alasan mereka yang dituduh mengedar itu boleh diterima atau tidak.
Kesimpulannya, kita harap siasatan telus oleh pihak berkuasa dapat dijalankan dan diselesaikan secepat mungkin demi keadilan kepada semua dan demi imej kerajaan kita.



No comments: