Terima Kasih Pemuda PAS Merbok, *Simpati buat Ketua Pemuda PAS Kedah*




Malam ini riuh di IPD Sungai Petani, wakil daripada pemuda pas merbok membuat laporan polis berkaitan posting seorang pemilik FB bernama 'Wendy Loong' yang menghina Allah yang maha pengasih.

Terima kasih kita ucapkan atas tindakan wakil pemuda terbabit yang membawa hasrat dan sensitiviti ummat Islam. Kebetulan mereka melayari FB dan terjumpa posting berkenaan.

Namun yang demikan, kita berasa simpati dengan tahap pemikiran Ketua Pemuda PAS Kedah Sdr Nurul Amin yang secara 'pra Matang' mengaitkan gejala hina Agama ini seolah hanya berlaku dipenggal pentadbiran PH, Ucapan video pendek Sdr Nurul amin menyebut " Dizaman pemerintahan Pakatan Harapan hari ini banyak sangat penghinaan terhadap Islam" adalah kenyataan yang tidak sempurna dan berniat jahat.izinkan saya menjadi guru kepada beliau bagi subjek Sejarah,

1. Uqbah Bin Abi Muit pernah menghina Baginda Ar Rasul dengan meletakkan Najis diatas kepara Baginda sendiri. Ketika itu bukan PH memerintah

2. muncul seorang penulis warganegara Syria iaitu Haidar bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak. Dia telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak sebenar Nabi SAW, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel itu dan menghinanya. Dan ini juga bukan dizaman PH

3. Sekitar tahun 2012, dunia Islam digemparkan dengan terbitan sebuah Movie bertajuk Fitna oleh Van Doorn.  Dan ia juga bukan berlaku di era PH ( *alhamdulillah Van Doorn telah memeluk Islam selepas itu*)

4. Baiklah, itu cerita luar negara.. Cerita dalam negara pula, pada tahun 2005, selepas setahun kejatuhan kerajaan PAS Terengganu, negara dikejutkan dengan penemuan sebuah ajaran sesat yang jelas dan nyata hina Allah iaitu Ayah Pin di Besut. Ia juga bukan angkara kerajaan PH

5. Pada Tahun 2008, di Selangor yang mana diperintah oleh PR dan berExcokan, exco agama daripada PAS, muncul Kahar atau Rasul Melayu yang jelas nyata menghina Islam. Adakah ia juga salah kerajaan PH?

6. 1992, Najib mendakwa Negara akan lebih tenteram tanpa hudud. Eh?

7. Terbaharu, di Kelantan (Diperintah Pas) sekumpulan gadis ditangkap menghina Al Quran, adakah ia juga kesan pemerintah PH di Faderal?

Ini adalah sebahagian daripada kejadian 'kebodohan' manusia yang sentiasa wujud silih berganti dalam kalangan masyarakat. Dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk sentiasa membendung, nasihat dan memberi penerangan kepada rakyat. *Eh takkan ni pon KP Pas Kedah tak tahu?*

Kejahilan dan kesesatan ini bukan diarah atau sengaja diminta oleh pemerintah negara ini. Kita semua sayangkan Islam, bukan Sdr Nurul Amin seorang sahaja. Tetapi untuk *menuduh bahawa gejala ini banyak wujud dizaman PH.  Ia adalah ketidak matangan yang jelas dan nyata.*

Ya! *Kita menyokong segala usaha dakwah, laporan polis serta tindakan yang bakal menyusul demi kepentingan Islam dalam mana mana isu atau tindakan yang menghina Allah dan Rasul.*

Sekali lagi..

Tahniah Pemuda Pas Merbok atas kepantasan membuat laporan dan ucapan simpati buat KP Pas Kedah.

 _Abdullah Ibnu Muhammad_
_Pemerhati Politik Negeri Kedah_

No comments: