MEMATUHI JANJI ADALAH KUNCI KEPADA KEKUATAN PH


Sejurus selepas PH menang dlm PRU14, Kak Wan selaku Presiden Keadilan mengadap YDP Agong untuk menyatakan kemenangan Parti Keadilan (Dap, Amanah, PPBM dan Keadilan) di mana waktu itu semua parti gunakan logo Keadilan.

Seperti lazimnya, YDP Agong tentunya menawarkan jawatan PM kepada Presiden parti yang menang majoriti di dalam PRU. Maka, Kak Wan ditawarkan jawatan PM oleh YDP Agong kerana beliau adalah Presiden Keadilan, parti yang menang majoriti. Namun, akhlak Kak Wan terpuji, dia sedar bahawa PH telah ada perjanjian dan dia sedar kesemua parti di dalam PH menggunakan logo Keadilan hanyalah satu strategi. Dengan penuh adab dan rendah diri, Kak Wan menolak perlantikan tersebut dan menyatakan bahawa PH telah bersetuju untuk melantik Tun M sebagai PM. Sikap Kak Wan ini dipuji oleh YDP Agong kerana tidak mudah untuk mencari orang yang menolak tawaran menjadi PM.

Maka, kerajaan dapat dibentuk dengan aman kerana kita patuh kepada janji kita. Tiada sikap tamak haloba atau khianat, itu kuncinya. Muhyiddin Yassin dalam kenyataan terbarunya turut berikrar bahawa janji akan ditunaikan iatu PM ke 8 adalah Anwar Ibrahim. Sebab itu, layaklah beliau disebut oleh Husam Musa sebagai TPM kepada Anwar Ibrahim nanti.

Jika sekarang kerajaan diterajui oleh Mahathir - Azizah (MA), InsyAllah, di dalam tempuh setahun lagi kerajaan akan diterajui pula oleh Anwar - Muhyiddin (AM).
WFAUZDIN NS