Kartel dedak: Pas perlu beri penjelasan kepada rakyat
PAS perlu beri penjelasan kepada rakyat tentang “kartel dedak” kerana ia satu tuduhan yang serius, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Anwar berkata parti Islam itu berhak melarang ahlinya mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu jika ia perkara dalaman.
Bagaimanapun katanya, dana dalam isu itu daripada parti politik lain.
“Ia jika masalah dalaman maka PAS boleh putuskan, tetapi sekarang ia sudah diketahui umum dan membabitkan duit daripada parti lain, seperti yang didakwa.
“Jika tuduhan itu serius, maka rakyat ada hak untuk tahu perkara sebenar,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu ketika ditemui pada satu program di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
PAS mengeluarkan perintah melarang ahlinya mengeluarkan kenyataan selepas menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad membuat pendedahan ada kumpulan dalam parti itu yang menerima “dedak” (wang) daripada Umno.
Tanpa menamakan individu berkenaan pada Sabtu, Zaharudin menyenaraikan lima individu sebagai “Dr Hussam II”, “Mr NT”, “Mr KT”, “Mr KH” dan “Semua dah tahu”.
Dakwaan itu dipercayai ada kaitan dengan rakaman audio membabitkan Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang bercakap tentang Umno memberi wang kepada PAS