KENAPA SEKARANG MAHU 'NGOK NGEK NGOK NGEK"?


Image result for anwar ibrahim







Sebaik saja PH menang di Putrajaya pada Mei 2018, Anwar bebas selepas itu. Waktu itu, ramai tidak sabar mahu Anwar kembali beraksi di Parlimen bagi membantu perkuatkan PH dan pentadbiran Tun M

Anwar menjawab, " Tidak perlu tergesa-gesa untuk beliau masuk Parlimen". Anwar menyebut beliau mahu berehat seketika bersama keluarga dan cucu-cucunya. Bulan Jun, Anwar masih tidak membayangkan untuk segera ke Parlimen kerana beliau ada banyak jadual bertemu rakan-rakan  pimpinan di dalam dan di luar negara. Beliau juga sibuk dengan mengunjungi Istana seluruh negeri bagi meyakinkan pihak istana tentang kerajaan baru PH.


Bulan Julai, Anwar masih sibuk dengan aturcara peribadi beliau di samping dijemput oleh beberapa negara luar untuk berbicara tentang kesnya dan kerajaan baru PH. Pada bulan Ogos, Anwar mula memberi bayangan dan lebih serius untuk menyatakan beliau kini telah bersedia untuk ke Parlimen. Beliau ingin mendapatan respon ahli-ahli parti, penyokong-penyokong PH dan rakyat keseluruhannya tentang hasratnya itu. Ternyata, reaksi rakyat amat positif untuk Anwar masuk ke Parlimen.


Bermula bulan September, mula jelas langkah-langkah Anwar untuk ke Parlimen. Sejak itu, beberapa Ahli Parlimen dan beberapa pimpinan telah mula menyatakan sokongan kuat kepada beliau bahkan ada yang mula menawarkan Kerusi buat tokoh Reformasi ini.

Sepatah ayat pun Anwar tidak sentuh hasratnya untuk mengambil alih jawatan PM sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen. Beliau hanya menyebut kemasukannya ke Parlimen hanya untuk menjadi Ahli Parlimen yang selama ini dinafikan melalui undang-undang zalim sebelum ini. Bahkan, beliau tidak putus-putus meyuarakan sokongannya kepada PM sekarang dan mahukan rakyat memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan sekarang. Beliau persetankan kata-kata dan penulisan beberapa macai yang cuba melaga-laga kan beliau dengan Tun M.

Dari bulan Mei hingga ke bulan September, hampir 5 bulan beliau berehat di luar Parlimen dan baru kini mula serius untuk melangkah ke Parlimen, adakah itu menandakan beliau tergesa-gesa? Lebih kurang 5 bulan yang lalu, hanya beberapa orang pimpinan Keadilan saja yang bercakap untuk mendesak Anwar segera beraksi di Parlimen. Mana yang lain?

Mereka yang lain itu hanya bercakap sekarang setelah Anwar umumkan untuk bertanding di Port Dickson. Itu pun mereka bertanya, " Mengapa Anwar mahu bertanding tidak dibincangkan bersama kami terlebih dahulu?". Bentuk soalan itu saja kita sudah boleh faham mengapa mereka membisu selama ini.

Baru sekarang mahu "Ngok Ngek Ngok Ngek".

WFAUZDIN NS


No comments: