Solidariti untuk Tian Chua membelah gelita demokrasi
Selepas seminggu aktivis Reformasi yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dipenjarakan, satu himpunan solidariti dianjurkan di hadapan pusat khidmat PKR Batu, malam tadi.
Himpunan solidariti itu dihadiri oleh barisan kepimpinan utama Pakatan Harapan (PH).
Satu ironi, Pengerusi PH Tun Mahathir yang mana Tian banyak kali ditahan ketika menentang beliau pada 1998 hingga 2001 turut memberi ucapan mengecam penahanan Tian di bawah rejim Najib.
Antara yang hadir memberikan ucapan ialah Presiden PKR Dr. Wan Wan Azizah, Adun Hulu Kelang Saari Sungib, ahli parlimen Selayang William Leong, Datuk Kamarudin Jaffar, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah, ahli parlimen Eangsa Maju Datuk Tan Kee Kwong, Adun Rawang Gan Pei Nei, Exco Selangor Elizabeth Wong, Syed Shahir, Hishamuddin Rais, Datuk Ambiga, Maria Chin, Ust Dr. Badrulamin, Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain.