Pengundi Johor lebih fikir mengenai gaji rendah
Walaupun janji untuk memastikan mereka yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibawa ke muka pengadilan menjadi tajuk berita semalam, ekonomi masih menjadi kebimbangan kepada penduduk di utara Johor.
Dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun pertama Bersatu di Muar pada Sabtu, Muhyiddin Yassin berjanji yang Pakatan Harapan (PH) akan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembaharuan institusi kerajaan, dan memulakan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB dalam tempoh 100 hari pertama berkuasa.
Tetapi janji-janji itu tidak mengujakan penduduk penduduk Bukit Pasir M Jegatheeswaran, walaupun beliau berkata ia adalah permulaan yang baik.
“GST bukan masalah utama tetapi gaji. Saya bekerja selama 20 tahun dan gaji saya hanya RM2,000 sebulan,” kata Jegatheeswaran yang bekerja sebagai mandur.
Beliau berkata jika upah lebih tinggi, GST tidak akan begitu menimbulkan masalah kepadanya.
Pencari nafkah berusia berusia 40 tahun yang mempunyai seorang anak ini berkata gajinya tidak berubah sejak lima tahun lalu.
“Saya bersedia memberi orang lain (PH) mencuba,” kata Jegatheeswaran, selepas bergambar bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.