Bantu pekerja Malaysia di Singapura, DAP Johor desak menteri campur tangan



531d21c9037e5b1fa63930afeb9d886e
JOHOR 21 DIS: DAP Johor bersimpati terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana terpaksa terpaksa mengadapi kesesakan trafik yang teruk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sejak minggu lalu
Dalam keadaan ekonomi negara lemah ditambah pula kejatuhan nilai ringgit, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata mereka terpaksa meredah laluan sukar demi kelangsungan hidup.
“Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kesusahan yang ditanggung mereka demi mencari sesuap nasi,” katanya sambil menyatakan rata-rata rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berpendapatan rendah .
Ia berlaku akibat lebuh raya yang menghubungkan dua negara itu mengalami kesesakan teruk berikutan sekatan yang diperketat Singapura di pintu masuk negara berkenaan.
Liew-Chin-TongsesakJusteru, Chin Tong berkata, DAP Johor mengesa Kerajaan Negeri lebih proaktif dalam menangani masalah yang menghimpit kebanyakan rakyat yang bergantung terhadap laluan Malaysia-Singapura itu.
Beliau menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar dan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mengadakan mesyuarat tergempar dengan rakan sejawatnya di Singapura bagi meleraikan isu berkenaan.
Katanya, DAP Johor juga mendesak Kementerian Pengangkutan supaya menambah jumlah perjalanan Perkhidmatan Tren Ulang-alik Tebrau, daripada tujuh perjalanan sehari kepada 15 minit setiap perjalanan.
“DAP Johor turut memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya hasil tol digunakan bagi menaik taraf dan memperbaiki sistem pengangkutan dan laluan trafik di negeri itu bagi mengelakkan perkara sama berulang,” katanya.

No comments: