Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian
Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang kalah dalam muktamar pemilihan 4 Jun lalu berkata beliau masih belum pasti akan menerima atau tidak sekiranya ditawarkan jawatan dalam pasukan kepimpinan ulama.“Saya bimbang kalau-kalau ada tawaran, itu hanya amalan PR saja. Saya nampak besar kemungkinan tidak akan ada tawaran untuk saya.
“Jika ditawarkan jawatan, saya akan berfikir sama ada untuk menerima atau tidak kerana yang menang hari ini adalah atas kehendak pihak tertentu.
“Ini kerana, ketika saya dan kawan-kawan difitnah, apa yang dikesali adalah, pemimpin tertinggi hanya diam seolah-olah mengiakannya,” kata Mujahid kepada The Malaysian Insider ketika ditanya apakah beliau akan menyertai semula pasukan pimpinan PAS jika mendapat tawaran.
Mengimbas kembali cara pemilihan yang dibuat malam tadi, Mujahid berkata, para perwakilan mengadu kepadanya mereka diberikan senarai calon yang perlu diundi ketika berbaris untuk mengundi semalam.
“Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan ‘cai’ calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka,” kata Mujahid ketika dihubungi.