Nik Abduh ketua DPPP, Politik Kelantan bergolak?

Nik Abduh ketua DPPP, Politik Kelantan bergolak?

Nik Abduh ketua DPPP, Politik Kelantan bergolak?

Nik Abduh ketua DPPP, Politik Kelantan bergolak?

(Blog: Alhusseyn)

Ramailah puak-puak yang suka sangat dengan penyingkiran Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat yang digantikan dengan Nik Abduh. Namun hakikatnya, PAS pasti akan berhadapan dengan kemelut dalaman yang lebih parah di masa akan datang nanti.
Kaca disangkakan permata, permata disangkakan kaca….hanya masa yang akan menentukan keadaan yang sebenarnya nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Saya ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kalian : Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa politik Kelantan banyak mencorak kedudukan PAS pada masa ini.

Walaupun Presiden PAS dari Terengganu, kenyataan demi kenyataan bahawa Kelantan tidak boleh kalah dan harus menjadi kubu terakhir PAS adalah intipati kepada pegangan yang dikongsi oleh Presiden dan majoriti ahli PAS masa kini.

Namun, dalam memberi ruang dan banyak kelonggaran kepada Kelantan sebelum ini, adakah Presiden mendapat maklumat yang betul perihal Kelantan? Politik Kelantan dibawah era kepimpinan TGNA telah banyak juga dipengaruhi oleh kaum keluarga. Ini adalah realiti dalam banyak keluarga orang politik.

Faktor anak dan menantu sekali lagi membawa satu implikasi kepada halatuju PAS selepas ianya pernah mewarnai politik bekas yang Dipertua PAS, Dato Asri Muda hingga membawa kejatuhannya. Legasi kepimpinan beliau begitu hebat sehingga pernah dianggap, tiada Asri, maka tiadalah PAS.


Namun pada zaman kepimpinan Dato Asri, bahana keduniaan tidak meresap masuk sehebat apa yang berlaku pada sekarang ini. Sejarah tertulis, bila wakil rakyat PAS berjaya menjadi MB di tiga negeri selepas PRU ke 12, tarikan pada kemewahan yang suatu ketika menjadi makanan kepada pemimpin UMNO/BN semakin menjadi jadi dan telah menjerat ramai pimpinan PAS.

Bermula di Kelantan, pakar perunding balak atau istilahnya broker mengelilingi orang politik dan menaburi mereka dengan kemewahan. Projek lain juga digunakan untuk menjana hasil. 

Antaranya usaha pengambilan pengurusan air daripada Thames Water. Projek ini telah banyak merubah lanskap politik Kelantan. Dato Husam yang suatu ketika dahulu sangat rapat dengan keluarga Almarhum TGNA khususnya Nik Abduh telah tiba-tiba menjadi musuh beliau terutamanya bila cadangan untuk pengurusan air oleh syarikat swasta yang dibawa Nik Abduh ditolak.
Ia mencipta permusuhan dengan kumpulan Nik Abduh yang diketuai oleh Shaari Mustapha. Beliau merupakan bekas tahanan ISA sekitar 2001 untuk jangkamasa yang sangat singkat. 

Lalu dibuat cerita, bahawa Husam pula yg mempunyai berkepentingan dalam sykt itu. Selepas itu berlaku cadangan mubahalah yang akhirnya gagal mencapai maksud. Mubahalah ini telah dipersetujui dgn kehadiran TGNA, dengan disaksikan oleh bekas exco Ustaz Mat Daud Iraq. Tetapi mubahalah ini gagal selepas Nik Abduh dan Shaari Mustapha gagal untuk hadir di JKR10, sedangkan TGNA, Ustaz Mat Iraq dan Dato Husam sedia menunggu.

Itulah bermula detiknya, TGNA amat mempercayai Dato Husam dan tidak percaya dgn tindakkan Nik Abduh yang sentiasa mengadu domba. Kumpulan Shaari Mustapha ini, juga digelar Taliban kerana pendidikan mereka lalui di Indo Pakistan. Shaari Mustapha ini merupakan salah seorang ketua pelajar bagi jemaah di Pakistan India. Mereka mempunyai kaedah matlamat menghalalkan cara; seperti yang biasa digunapakai oleh taliban di Pakistan dan India, serta sanggup menggunakan nama sesiapa saja termasuk Tok Guru untuk kepentingan mereka.

Pernah kedengaran Shaari menyebut bahawa Presiden PAS percaya bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan kerja liwat. Mereka berulangkali ke Rusila untuk memberi maklumat yang salah kepada Presiden PAS.

Peluang seboleh mungkin diraih untuk mempergunakan nama kedua Presiden dan Mursyidul Am PAS bagi mencapai maksud mereka. Telah menjadi agen perosak kekuatan PAS Kelantan dengan melaga-lagakan sesama pemimpin. Mereka bergerak melalui dana balak yang dibiayai proksi mereka.

Akhir akhir ini dikatakan dana dari pemimpin umno sendiri menjadi sumber mereka. Perancangan mereka ini termasuk mempergunakan MSU melalui Nik Zawawi, iaitu sepupu Nik Abduh. Kumpulan ini telah mencatur banyak perkara termasuk pertandingan Timbalan Presiden pada sesi lepas.

Melalui perbincangan di Tasik Banding, Perak, mereka telah cuba mengkambinghitamkan Dato Mohd Ammar dengan mengarahkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri, walaupun pencalonan terbanyak adalah kepada Dato Tuan Ibrahim. Ini akhirnya disedari oleh Nik Amar yang menyebabkan proses penyingkiran golongan ini sedang berjalan di Kelantan. Nik Amar telah memotong laluan Nik Abduh daripada senarai calon di Kelantan untuk menggantikan ayahnya di Chempaka dengan menaikkan Fathan. Ini untuk mengajar Nik Abduh supaya tidak membelakangkan beliau.
Malah pemilihan dalam mesyuarat agong PAS Pengkalan Chepa yang baru lepas menyaksikan kumpulan Nik Abduh tewas teruk.

 Azhar Abdul Sattar dan Zahiruddin Ahmad yang kalah pemilihan Ajk tidak dilantik semula. Akhirnya Nik Abduh terpaksa mencari formula lain untuk menyelamat diri dengan mencari kerusi selamat. Maka di sinilah idea bertanding kerusi KP Pusat menjadi agenda beliau untuk mendapatkan kerusi selamat, dengan harapan dapat kembali menyusun agenda kumpulan beliau.

Keterikatan mereka dengan Umno khususnya amat berbahaya kepada PAS. Ia adalah seperti bom jangka yang akan dihidupkan untuk meranapkan PAS sekiranya Nik Abduh berjaya naik. Kelantan akan selamat dari bahaya dan kekalahan pada PRU akan datang sekiranya kumpulan Nik Abduh dikalahkan.

 Malah kekuatan pimpinan PAS Kelantan akan kembali dipugar bila pimpinan sedia ada seperti Dato Husam dan Dato Nik Amar dapat berkerjasama kembali. Demi menguatkan PAS khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya, Nik Abduh dan kumpulannya harus dikalahkan untuk menyedarkan beliau bahawa beliau sebenarnya sedang dipergunakan.
  Anak Kelantan Perihatin
29/5/2015

No comments: