Punca Anwarinas: PAS nak jawatan menteri!

Punca Anwarinas: PAS nak jawatan menteri!

Punca Anwarinas: PAS nak jawatan menteri!

(Blog: al Huseyn)

YB Khalid Samad sewaktu menyampaikan ucapannya dalam program penerangan Diskusi dan Dialog anjuran Pemuda PAS Ipoh Timur pada mlm tadi di hotel Seri Malaysia Ipoh , telah mendedahkan bagaimana mula timbulnya puncanya yg menyebabkan ada golongan-golongan yang menuduh bahawa PAS telah menyeleweng, bahawa pimpinan-pimpinan Liberal telah berkuasa dan sebagainya.

Menurut Khalid ini kerana mereka datang kemudian dan tidak faham ijtihad yang dilakukan oleh al-Marhum Ust Fadzil Mohd Noor, latarbelakangnya, dan matlamat dan tujuan disebaliknya .
Bibit-bibitnya dilihat pada 2008, satelah PAS mencapai satu prestasi dlm pilihanraya yg baik, dan membentuk kerajaan dgn penubuhan Pakatan Rakyat.
Khalid turut mengulangi kata-kata almarhum Ust Fadzil Mohd Noor dengan menyebut :

“Kemana sahaja kita pergi, orang menyebut tentanginginkan perubahan. Oleh itu ianya merupakan satu kewajipan bagi PAS yg merupakan wadah yg terlibat didlm arena politik untuk memungkinkan kehendak rakyat yang inginkan perubahan ini untuk tercapai

“Maka ianya memerlukan satu keberanian daripada PAS untuk melakukan ijtihad siyasi yg memungkinkan gabungan dan kerjasama diantara PAS dan parti-parti lain utk mengemukakan ataupun membentangkan kepada rakyat pilihan dan alternatif selain daripada Umno dan Barisan. Tidak mungkin PAS akan mampu memerintah seorang diri. Lebih-lebih lagi di negeri-negeri di Pantai Barat.”

Demikian lebih kurang kata-kata almarhum didalam ucapan dasarnya pada tahun 1998. Ini hasil daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan kemarahan rakyat, jelas Khalid.

Khalid berkata, hasil daripada itu terbentuk Barisan Alternatif dan pada ketika itu PAS hanya menang di Kelantan dan Terengganu, dan kemenangan kita di situ, merupakan kemenangan yg tidak mengubah sangat suasana dan realiti politik bagi org-org atau ahli-ahli PAS, kerana di Kelantan memang PASlah walaupun dinamakan Barisan Alternatif, dan begitu jugalah di Terengganu. Ianya tetap merupakan ‘PAS dominated State Government’.

Tetapi pada 2008, suasana yg baru telah dialami. Pembentukan kerajaan melalui Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi didominasi oleh PAS. Dan ini menyebabkan ada dikalangan org-org PAS yg tidak menghargai kemenangan yg telah diperolehi dimana ianya merupakan gandingan diantara PAS, PKR dan DAP, iaitu Pakatan Rakyat, dimana PAS tidak dominan; kerana mereka kehilangan support, dia tidak kehilangan wawasan dan halatuju, dia tak faham!”

Khalid memberikan contoh sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, PAS tidak dominan, maka bagaimana kita nak bawa agenda kita? tanya Khalid.
Khalid turut mendedahkan bagaimana ada kalangan apabila ditanya apa agenda mereka? Apa itu agenda PAS? Mereka kata Hudud!
Dan masalahnya, kata Khalid, mereka ini merumuskan perjuangan Islam ini sebagai Hudud dan mereka menganggap kita berkompromi jika tidak bawa Hudud.

Menurut Khalid, bibit-bibit perasaan kecelaruan ini bermula pd 2008 apabila PAS Selangor menang 8 kerusi dan Umno/BN 20. Maka timbul usaha dengan jumlah 28 itu, supaya PAS boleh dipilih untuk menjadi Menteri Besar. Khir Toyo tawarkan Hasan Ali jd Menteri Besar. Dengan 28 ni, terus jumpa Sultan, Sultan boleh terus suruh Hasan Ali angkat Sumpah – PAS yg akan menjadi Menteri Besar!

Maka ada kepimpinan PAS kebingungan dlm keadaan diberi peluang utk memegang kuasa memerintah di lima negeri – Selangor , Perak, Kedah, Trengganu dan Kelantan sebagai Menteri Besar dan berkemungkinan diperingkat Pusat sebagai Menteri dan disebut-sebut juga mungkin Timbalan Perdana Menteri. Maka kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini?

Apabila ada kalangan beberapa pimpinan PAS sepertinya menolak cadangan kpd usaha-usaha tersebut, lalu mereka di tohmah sebagai tidak pentingkan PAS kerana kononnya mementingkan Anwar; kerana kalau Pas pergi bersama Umno/BN, maka hancurlah Anwar! Tapi kerana nak bela Anwar peluang keemasan ini dilepaskan !
Maka disitulah dimunculkan atau diperkenalkan istilah ‘Anwarinas’ – terlalu wala’ kepada Anwar, sampai mementingkan PKR dan DAP lebih daripada PAS itu sendiri!

Khalid berkata, kalau kita pd 2008 mengkhianati Pakatan Rakyat atas sebab kita nak jwn-jwtn Menteri Besar sini, Menteri Besar sana, Menteri Besar situ , kononnya atas sbb kita sayangkan PAS maka kita nak semua jwtn-jwtn ini dipegang oleh PAS.

Bila kita kena kembali balik kpd rakyat dan meminta supaya rakyat kembalikan kuasa dan mandat itu kpd kita sedangkan rakyat inginkan perubahan dan kita yg mendapat sokongan atas mandat itu, rakyat nak tolak Umno/BN, kita pula setelah dimenangkan atas mandat yg sebegitu, kita pula mengkhianati kehendak rakyat , kita pula yg menghidupkan balik Umno/BN di Selangor, di Perak di Kedah dan sebagainya oleh kerana kita besama mereka.

Kalau dinegeri Selangor, lapan kerusi yg dimenangi pada ketika 2008, maka 8 kerusi ini sahajalah nanti PAS akan bertanding! Yang lain kita kalah dengan Umno. Takkan Umno nak serah kepada kita? Tanya Khalid.

Khalid juga mengingatkan bahawa 8 kerusi itu pun atas mandat tolak Umno. Tiba-tiba kita khianat. Rakyat tak akan menangkan kita lagi.

Kita melihat jangka masa panjang pejuangan membina sokongan integriti, kredibiliti, politik baru bebas perkauman, bebas kronisma, bebas rasuah, terang Khalid.

Itu adalah mesej Islam dan perjuangan Islam yg kita fahami bukan dirumuskan kepada Hudud semata-mata, tambahnya lagi.

Bercakap mengenai istilah ‘Negara Berkebajikan’ berbanding dgn ‘Negara Islam’, Khalid menyatakan kesalnya kerana ada pimpinan dalam AJK PAS Pusat itu sendiri yang tidak faham. Pimpinan itu kata penggunaan istilah ini semata-mata untuk mendapatkan undi! Kita kompromi! Malah dia mempersoalkan apa salahnya dengan mengekalkan dengan ‘Negara Islam!

Khalid menjelaskan, istilah ‘Negara Islam’ itu adalah kerangka kenegaraan yang berasaskan kepada Islam, yang hasilnya, isinya ialah sebuah negara berkebajikan, yg digambarkan didalam al-Qur’an dgn ‘Baldatun Thayyibatun Wa rabbul-ngapoor’ – tak digunakan Daulah Islam tapi menjelaskan, isi kandungan Negara Islam itu.

Ataupun Negara yang dibina atas prinsip-prinsip Islam apa yang dikata ‘Negara Berkebajikan’, Negara Rahmat, Negara ‘Adil. Inilah istilah-istilah kontemporari yg sepatutnya kita sebagai ahli politik memahami. Tidak ada bezanya cara kita menjelaskan isi kandungannya dan bukan istilah dan nama.

No comments: