MINYAK NAIK SEMULA
PAKAT PAKAT P KERJA NAIK MOTOR PULA....BELUM SEMPAT RAKYAT NAK RAYA.....KERAJAAN NAK NAIKKAN HARGA SEMULA
HASAN MALEK KATA
HARGA MALAM NI KASI TAU PUNYA
KALAU TAK MAU HARGA NAIK JUGA
PI KLUAQ NEGARA
JADINYA RON 95 N 97 NAIK 2 KUPANG
--
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
PAKAT PAKAT P KERJA NAIK MOTOR PULA....BELUM SEMPAT RAKYAT NAK RAYA.....KERAJAAN NAK NAIKKAN HARGA SEMULA
HASAN MALEK KATA
HARGA MALAM NI KASI TAU PUNYA
KALAU TAK MAU HARGA NAIK JUGA
PI KLUAQ NEGARA
JADINYA RON 95 N 97 NAIK 2 KUPANG
HARGA RON95 DAN DIESEL BAGI MAC 2015:
KEJATUHAN RINGGIT PENYEBAB HARGA MINYAK MENINGKAT
Saya terus memantau perkiraan harga runcit RON95 dan diesel mengikut formula yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Formula
ini bergantung kepada harga pasaran RON95 dan diesel yang telah siap
diproses dan didagangkan di Singapura menggunakan harga yang dilaporkan
oleh penerbit Platts. Harga rujukan ini dinamakan MOPS (Means of Platts
Singapore) dan turut digunakan oleh negara-negara serantau seperti
Australia untuk menetapkan harga pasaran petrol dan diesel.
Formula
ini turut bergantung kepada kadar matawang ringgit (RM) berbanding
dengan dolar Amerika (USD) kerana harga MOPS dilaporkan di dalam USD.
Oleh itu, turun naik RM mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak
yang dibayar oleh rakyat.
Ini
menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak
bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai RM
berbanding USD. Nilai RM yang kini didagangkan pada tukaran sekitar
RM3.60 bagi setiap USD1 telah susut sebanyak 10% dalam tempoh 6 bulan
berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap USD1.
Perbandingan
di antara pola harga petrol RON95 yang telah siap diproses bagi tempoh
Disember 2014 hingga Februari 2015 berbanding pola kadar matawang RM
ditunjukkan di dalam Graf 1 dan Graf 2 seperti berikut:
Kesan penurunan RM kepada harga minyak petrol dan diesel yang dibayar oleh rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
1. Semasa
harga minyak mentah jatuh dan harga petrol yang telah diproses juga
jatuh di antara Disember 2014 hingga awal Februari 2015, rakyat Malaysia
terpaksa membayar harga yang lebih tinggi berbanding penduduk negara
lain kerana harga runcit tetap tinggi akibat kadar matawang yang semakin
merudum
2. Semasa
harga minyak mentah mula naik dan harga petrol yang telah diproses juga
mencatat kenaikan sejak awal Februari 2015, kenaikan harga minyak yang
ditanggung oleh rakyat Malaysia adalah berganda kerana kita terpaksa
menanggung kenaikan harga minyak dan penurunan matawang ringgit
sekaligus
Oleh yang
demikian, mengikut formula yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan,
harga pasaran dan kadar matawang rasmi, harga-harga bagi RON95 dan
diesel berkuatkuasa 1 Mac 2015 adalah seperti berikut:
RON95 – RM1.91 seliter
Diesel – RM1.86 seliter
(Senarai harga boleh disemak dalam Lampiran A)
Walau
bagaimana pun, Kerajaan Persekutuan juga telah mengutip cukai
tersembunyi sebanyak RM1.148 bilion sehingga akhir Januari 2015 kerana
harga yang dikenakan lebih tinggi dari harga yang dikira mengikut
formula.
Oleh yang
demikian, saya mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan rizab
cukai yang dikutip secara diam-diam selama ini untuk mengelakkan
kenaikan mendadak RON95 dan diesel. Sekiranya Kerajaan Persekutuan
menggunakan 10 sen dari jumlah RM1.148 bilion ini untuk dikembalikan
sebagai subsidi, maka harga RON95 dan diesel boleh dikenakan pada RM1.80
seliter sahaja.
Fenomena
harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar
matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan
rakyat. Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1MDB banyak
mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit
yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding USD.
Jika
Dato’ Seri Najib Tun Razak menyalahkan pasaran minyak mentah dunia
akibat turun naik harga minyak, beliau bertanggungjawab sepenuhnya
kepada turun naik kadar matawang RM. Di bawah pentadbiran beliau sebagai
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kadar matawang RM kini jatuh ke
paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.
Kenaikan
harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam
bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan.
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya